
Thursday, January 14, 2016
DAP Sahut Cabaran Berperang Dengan PAS Bila Mahu Bubar DUN Selangor?

DAP Selangor menyahut baik cabaran Pas untuk ‘berperang’ setelah Pas
mengumumkan DAP merupakan musuh terbaharu mereka selain Umno.
Menegaskan perkara tersebut, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata, Pas boleh meneruskan niat tersebut.
“Itu memang keadaan yang sebenar. Apabila orang dah isytihar perang...kita terpaksa perang. Orang isytihar, kita sambut.
"Apabila ada pengisytiharan musuh, kita kena sahut. Jadi kalau nak
lawan, lawan la...,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas
kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad susulan
dakwaan beliau DAP bakal bertanding kerusi milik Pas pada PRU akan
datang.
Selain itu, Adun Sungai Pinang itu juga menjawab kepada kenyataan
Iskandar bahawa DAP merupakan musuh baharu Pas selain Umno setelah DAP
mengumumkan akan meletakkan calon pada pilhan raya akan datang.
Beliau ditemui selepas hadir ke istiadat Angkat Sumpah Pengurniaan
Watikah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Kuala Langat,
Ketua Pendaftar Perkahwinan Penceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana
Bukit Kayangan, semalam.
Iskandar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan DAP masih rakan
kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan
luput menjelang PRU14 akan datang.
Iskandar berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus
tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan ‘musuh baharu’ itu
bakal mencabar kerusi milik Pas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment