Monday, January 25, 2016

Individu Biadab, Fitnah Sultan Johor Dan Isteri Perdana Menteri

Seorang individu didapati masih lagi berani untuk mencabar pihak berkuasa, apabila individu tersebut dengan beraninya telah memfitnah dua orang kenamaan di Malaysia. Walaupun sebelum ini, amaran keras telah diberikan oleh pihak polis kepada sesiapa sahaja yang cuba membuat fitnah melalui laman sosial.

Namun masih ramai lagi yang berdegil dan memandang perkara tersebut sambil lewa. Individu yang menggunakan akaun Facebook ‘Yang Ariff’ ini bukan sahaja menabur fitnah terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Malah turut melempar najis kepada isteri perdana menteri, Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah Mansor. Individu tersebut memfitnah kedua-dua mereka dengan menghasut rakyat dan pengguna laman sosial.

Dengan menyebarkan satu artikal bertajuk “ Johor, Sabah dan Sarawak boleh berambus dari Malaysia kata Rosmah?” Tindakan tersebut jelas menunjukkan individu tersebut bersetuju dengan isi kandungan dan tajuk artikel tersebut.

Malah bertindak mahu menghasut lebih ramai pengguna laman sosial untuk percaya dengan fitnah yang dilemparkan kepada Sultan Johor dan Rosmah. Logik atau tidak isteri perdana menteri ‘menyuruh’ negeri Johor, Sabah dan Sarawak berambus dari Malaysia??

Langsung tak logik, walaupun sebelum ini ada berita mengenai hasrat Johor yang mahu keluar dari Malaysia. Namun perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Jadi apa motif individu ini kaitkan isu tersebut dengan Rosmah Mansor, sedangkan tidak pernah isteri perdana menteri tersebut masuk campur dalam perihal negara.

Agak-agak la kalau nak fitnah pun, tak takut ke Sultan murka nanti?? Mintak pihak berkuasa atau Polis DiRaja Malaysia (PDRM) siasat mamat berlagak bagus ni.. Orang-orang macam ni memang sesuai sangat kena humban dalam lokap. Kerjanya tahu nak memfitnah je, bagi orang bertambah benci dekat dua orang kenamaan ni.

Biar dia tahu sikit langit tinggi atau rendah… Sebagai pengajaran juga kepada pengguna laman sosial yang lain. Jangan main sedap je kongsi berita tanpa selidik dulu samaada berita itu fitnah, palsu atau benar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment