Monday, January 25, 2016

Jangan Cabar Najib Razak Untuk Buat Keputusan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah seorang yang gelojoh dalam membuat sesuatu keputusan. Akan tetapi, beliau merupakan seorang yang berfikiran rasional dan terbuka dalam semua perkara. Oleh sebab itulah beliau sentiasa positif, dan tidak terburu-buru apabila dihimpit krisis Menteri Besar Kedah.

Apa yang peliknya, Najib langsung tiada kaitan dengan krisis menteri besar Kedah. Tetapi kenapa beliau pula dipalit tahi yang dibuat oleh dua beranak Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir?? Hairan juga… Situasi tersebut telah menjerat Najib sehingga memaksa beliau membuat keputusan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan bahawa tidak sepatutnya Najib diasak bertubi-tubi supaya keputusan dibuat secepat mungkin. Sebab Najib bukan individu yang jenis mementingkan kepentingannya sendiri seperti dua beranak tu.

Perdana menteri hanya bertindak sekiranya beliau melihat sesuatu perkara itu sudah tidak betul, dan kepercayaan untuk mentadbir negara sudah dikhianati. Yela, siapa mahu pentadbiran diuruskan oleh pengkianat negara, betul tak??

Rakyat dan pemimpin lain seharusnya tidak memaksa beliau untuk membuat keputusan express, kerana tindakan itu pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak. Sekiranya keputusan telah dibuat Najib, pastinya beliau telah mengambil kira kesemua pendapat dan hasrat yang telah dikongsikan.

"Dan walaupun semua pihak menjangkakan perkara yang lebih teruk, sehingga menjangkakan bahawa negeri itu mungkin jatuh. Pada akhirnya, segala-galanya diselesaikan dengan cara yang memuaskan hati semua pihak mahupun istana," kata beliau.

Najib bukan seperti Mukhriz dan Mahathir yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan kaum kerabat mereka sahaja. Mahu menjana kroni yang besar dan kaya raya, sebab tu la sehingga sekarang dua beranak itu masih merasakan diri mereka hebat dan berlagak pandai depan rakyat.

Setiap keputusan yang hendak dibuat mestilah melalui kroni-kroni bawahan dan pihak atasan seperti kerabat diraja. Tujuannya bagi memperoleh kata sepakat dan persetujuan semua pihak. Kalau nak ikut pendapat sorang pihak sahaja, baik buang ja semua pemimpin yang berlagak pandai dan tidak ikut haluan tuannya seperti yang terjadi kepada Muhkriz ni.

"Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti, termasuk memperolehi pandangan istana di negeri-negeri yang mempunyai menteri besar."katanya lagi.

Habis cerita, namun Najib tidak mementingkan diri sendiri tetapi memilih untuk bertindak secara professional. Pastinya beliau mahu memberi peluang kepada "pengkianat" tersebut untuk bertaubat. Tapi kalau tak mahu bertaubat, dipersilakan berambus jela.

Walaupun hampir kesemua pemimpin-pemimpin UMNO bahagian di Kedah sudah muak dan meluat dengan Mukhriz, tapi anak Mahathir tu masih lagi merasakan dirinya hebat dan mempunyai ramai penyokong. Mungkin Mukhriz tidak sedar, yang ramai pemimpin sudah tidak mempercayai kepimpinan beliau sebagai menteri besar dan ketua badan perhubungan UMNO negeri..

Dia  sahaja yang tidak sedar dan terus mengheret Najib untuk bertindak demi rakyat. Jadi sekiranya keputusan telah dibuat, pastinya itu adalah keputusan yang terbaik dari Najib setelah mengambil kira terhadap kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment