Tuesday, January 12, 2016
Pelajar IPTA Yang Boros, Nak Salahkan Kerajaan Pulak???
Masih lagi hangat isu pelajar Universiti dan IPTA yang dikatakan hampir
‘mati kelaparan’, gara-gara kos sara hidup yang semakin meningkat.
Terdapat juga khabar angin mengatakan seorang pelajar IPTA mati, akibat
gastrik dan usus pecah kerana takde duit nak makan. Padahal hasil
siasatan mangsa mati akibat hal lain.
Terbaru, seorang individu meminta pengasas kecantikan, Datuk Seri Vida
menaja kos pengajian RM50 ribu seorang, tetapi malangnya mendapat respon
pedas dari DS Vida. Lebih menyedihkan, isu tersebut telah dikaitkan
dengan politik negara.
Kononnya pelajar IPTA kebuluran adalah disebabkan salah kerajaan yang
menaikkan kos harga barang. Benarkah kenyataan tersebut?? Jika
difikirkan kembali, apa keperluan sebenar pelajar IPTA ini?? Belajar
atau bersuka ria??
Rata-rata pelajar IPTA sekarang ini dilihat mengamalkan kehidupan gaya
mewah…. Atau lebih tepat 'high maintenance'! Tengok sahaja lah baju
dorang pakai pergi kelas… Vough habis macam nak pergi kenduri kawin je
kita tengok. Dengan gelang perhiasan bagai, nak lawan ratu cantik atau
nak belajar?? Bila duit habis untuk benda yang tidak sepatutnya, mulalah
nak salahkan kerajaan..
Kalau dianalisiskan dengan lebih mendalam, pelajar-pelajar IPTA boleh
dikatakan hampir kesemuanya memiliki gadget mewah dan 'up to date'.
Paling hebat yang pakai iPhone 6s, ada juga yang pakai Note 5 berharga
ribuan ringgit. Lebih dahsyat ada yang sanggup guna duit pinjaman PTPTN
semata-mata nak nampak hebat di mata kawan-kawan. Jadi beli gadget mahal
salah kerajaan jugak ke?
Bila nak makan takde duit sebab beli gadget mahal… Haaaaa, korang jilat
la gadget tu sampai kenyang. Lebih menyedihkan, ada pelajar yang datang
dari keluarga yang kurang bernasib baik, tapi nak berlawan tunjuk kaya
depan kawan-kawan. Sampai sanggup tak makan lepas tu menyusahkan
keluarga mintak duit. Nak tanya itu salah kerajaan lagi ke??
Kehidupan pelajar sekarang paling gempak! Status masih belajar tapi tiap
hujung minggu atau cuti, mesti dorang pergi travel atau bercuti. Macam
duit banyak sangat! Paling best pi tempat mewah dan cantik jauh dari
orang sehingga menelan kos yang tinggi. Konon nak dapatkan gambar yang
cantik untuk upload dalam Instagram. Nak gempak la konon.. Bila takde
duit nak makan sebab habis buat bercuti mula la nak salahkan kerajaan.
Sebenarnya pelajar yang macam ni sesuai dilabelkan sebagai bodoh dan tak
tahu nak urusan kewangan. Sedar sikit diri tu baru di alam pengajian.
Tak payah nak boros kejar sesuatu yang tidak penting. Belajar bagi
pandai dulu bila duit dah banyak dan dah ada kerja, ikut korang la nak
buat apa pun.
Tapi kalau korang still nak 'move on' dengan cara hidup korang yang
macam kaya nak mampus tu… Nanti kalau ‘mati kebuluran’ jangan nak
salahkan kerajaan pulak. Kita pesan jeee…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelajar asasi UIAM Gambang masih belum menerima biasiswa. Makan nak kena bayar. Buku nak kena beli. Macaman tu?
ReplyDelete