Wednesday, January 29, 2014
PRK Kajang : Cubaan Anwar Kurangkan Suara Cina Dalam DUN Selangor
SEPANJANG yang penulis tahu, Anwar bukanlah satu manusia yang berani ambil risiko. Dari dia masuk politik, sampai jadi Timbalan Perdana Menteri, banduan, bekas banduan dan kemudian ketua pembangkang, Anwar sentiasa cari jalan selamat untuk hidup dan relevan dalam politik.
Risiko, kalau adapun yang Anwar berani ambil, hanya setelah tahu dia tidak akan menang dalam apa cara sekalipun.
Contohnya, sebelum PRU13 yang lepas, Anwar diam-diam jumpa PM minta nyawa sebab dah tahu dia akan kalah, tanpa pengetahuan DAP dan PAS. Itu playsafela tu, nak selamatkan tengkuk sendiri.
Anyway, benda itu dah lepas, biarkanlah, lagipun bukan soal itu yang penulis nak ’tinggi cahaya’ (highlight) kan hari ini.
Yang penulis nak sentuh hari ini ialah, keberanian Anwar buat suka hati dia sekarang ini ialah kerana Anwar tahu cina yang ada di Malaysia hari ini bodoh-bodoh belaka. Suka hati dialah nak arah ADUN letak jawatan supaya dia boleh ganti dan sebagainya sebab ini semua calculated risk - cina pasti akan sokong.
Si bodoh yang letak jawatan tak sampai setahun menang sebagai ADUN itupun dari bangsa yang sama juga.
Anwar dah baca dah, cina kat Kajang nun akan tetap undi dia kerana DAP sudah makan budi dengan Anwar yang kononnya berjaya pujuk orang Melayu untuk menerima parti rasis tersebut – pedulilah duit rakyat terbazir atau tidak.
Entah berapa percent sangatlah Melayu yang undi DAP ni, tapi pada DAP, 1% pun dah cukup besar rahmat. Banding dulu (sebelum 2008), haram apa percentage pun tak ada.
Tapi masalahnya, sebab Anwar kemaruk, kerajaan dan rakyat yang kena tanggung kos ‘wayang kulit’ Anwar untuk jadi Menteri Besar Selangor setelah hasrat nak jadi Perdana Menteri Malaysia kian tak tercapai.
Belanja nak buat pilihanraya kecil ni bukan sikit, lebih satu juta, berapa banyak kangkung boleh beli tu? Bila PM bagi contoh kangkung, pandai kata menghina rakyat dan buat parodi, yang dia senang-senang hati arah ADUN turun supaya dia boleh isi kekosongan itu, nak kata apa pulak?
Ironinya, dalam pada Anwar dok canang sana sini kerajaan membazir belanja, tapi sekarang siapa yang suka-suka membazirkan wang rakyat dengan ’mencipta’ pilihanraya kecil tanpa sebab yang munasabah?
Jadi kalau ada yang nak dipersalahkan dalam hal ini selain Anwar, penulis berani nak kata disini kaum cina, kerana merekalah yang membolehkan semua benda ini berlaku – dari ADUN cina yang letak jawatan, sehinggalah kepada sokongan yang bakal diberikan kepada Anwar atas dorongan DAP.
Anwar hanya tunggu masa nak ambil peluang saja, siapa nak jadi bodoh, dia peduli apa.
Yang rugi tetap orang cina. Dulu elok jumlah cina dalam DUN Selangor berlebih seorang, kini dah berkurang seorang sebab nak jayakan sandiwara politik Anwar. Kalau itu bukan kebodohan, penulis tak tahu nak kata apa.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Mesyuarat Sukan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
29 Januari 2014, Seremban : Satu Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah diadakan bertempat di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Rahang, Seremban. Mesyuarat kali ini diadakan khas bagi membincangkan program serta aktiviti sukan yang bakal diadakan pada tahun 2014 ini.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang mesyuarat ini berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR
Anwar Ibrahim Dicabar Pinda Enakmen Agama Bukan Islam Di Selangor
27 Januari 2014
Oleh Zul Rawi
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Addul Rahman Dahlan mempertikaikan tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang cuba menyalahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional berhubung kemelut kalimah Allah.
Menurutnya Anwar ketika menyampaikan ucapannya di Taginambur, Kota Belud semalam banyak menyentuh isu semasa termasuk kalimah Allah yang kononnya angkara Umno. Sedangkan semua isu tersebut berlaku di Selangor yang ditadbir oleh kerajaan pakatan rakyat.
“Saya hanya ingin maklumkan kepada Datuk Seri Anwar bahawa naskah Al-Kitab yang dirampas berlaku di negeri Selangor, yang di tadbir oleh parti beliau iaitu Pakatan Rakyat. Agensi yang merampas adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu agensi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
“Enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sultan yang bertitah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Rahman turut mengatakan sekiranya Anwar merasakan isu tersebut menghantui pemikirannya, dia sepatutnya memecat semua pegawai yang terlibat atau sekurang-kurangnya segera mengadap DYMM Sultan Selangor dan meminta baginda menarik kembali titah larangan yang dikeluarkan sebelum ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja, mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.
“Jawapannya senang sahaja. Datuk Seri Anwar tidak berani. Dia lebih berani nak berceramah di Kota Belud dan cuba mengabui mata rakyat dan lepas tangan sambil menuduh orang lain. Apa pun masih tidak lewat untuk Datuk Seri Anwar untuk menujukkan keberaniannya,” ujar beliau lagi.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar Anwar untuk meminta kerajaan Selangor membawa usul bagi meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (1988) dalam persidangan dewan undangan negeri yang akan bersidang tidak lama lagi.
“Tidak ada alasan untuk pindaan itu tidak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kerana Pakatan Rakyat mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan tersebut. Lagi pun tiga Ahli Yang Berhormat DAP dari Selangor telah berjanji untuk membawa usul pindaan itu. Saya harap Datuk Seri Anwar tidak menekan mereka untuk menarik balik hajat mereka itu.
“Samada DYMM Sultan Selangor akan berkenan meluluskan pindaan itu atau tidak bukan persoalannya. Yang penting Datuk Seri Anwar ada peluang untuk membuktikan bahawa beliau serius untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” jelas beliau lagi.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Gereja Dibaling Molotov Cocktail : Apa Anwar Tahu Kita Tak Tahu?
27 Januari 2014
SEMALAM, Anwar perasan sendiri menyangka dia sudah menjadi Perdana Menteri apabila mengadakan sidang media, kononnya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia. Hujan takde, ribut takde, tiba-tiba nak sampai mesej kepada rakyat Malaysia? Apa yang banyak cakap sebelum ini mesej kepada rakyat Pakistan ke?
Apa pun, ketika ramai menyangka Anwar nak umum dia akan bertanding di salah satu kerusi DUN di Selangor bagi menyelesaikan kemelut berebut nak jadi MB Selangor antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, Anwar sebaliknya mengutuk UMNO dalam isu kalimah Allah, kemudiannya memintak pula diadakan dialog antara UMNO dan pembangkang dalam isu tersebut!!
Lawak apakah ini, kau kutuk lepas tu ajak berbincang, macam bodoh je.
Tapi penulis bukan nak sentuh bab itu kerana kita semua tahu dalang di sebalik Kristian Semenanjung naik tocang dalam isu kalimah Allah ini kerana manusia macam Anwar juga yang menggalakkan, bahkan bukan rahsia Anwar dan pakatan pembangkang sokong Kristian di Semenanjung ini guna kalimah Allah tersebut - asal saja tidak disalahgunakan, kononnya.
Sebaliknya penulis nak sebut ialah tentang kejadian sebuah gereja di Pulau Pinang malam tadi yang dilempar bom buatan sendiri, molotov cocktail kerana provokasi pemasangan banner yang menyebut perkataan Allah dan kaitannya dengan Jesus oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab – tidak lama selepas Anwar menyampaikan ’mesej kepada rakyat Malaysianya”.
Persoalan kita sekarang, apa yang Anwar tahu, kita tak tahu tentang kejadian tersebut? Anwar bagi mesej banyak dah sebelum ini, tapi cara ia dinamakan semalam ”Mesej Untuk Rakyat Malaysia”, itu agak sedikit menimbulkan persoalan.
Ini kali kedua kejadian seumpamanya berlaku. Sebelum ini pun, tak lama lepas Anwar nyanyi lagu Sabah nak hilang, datang regim lanun Kiram timbul huru hara di Lahad Datu.
Kali ini, tak beberapa jam lepas Anwar ajak kerajaan duduk berbincang berhubung isu kalimah Allah, tiba-tiba tengah malam tadi ada gereja yang dibaling bom buatan sendiri dan gereja itu adalah antara 3 gereja yang dikesan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang memasang banner provokasi berkenaan.
Sekali pandang macam sengaja nak lepas diri kerana tahu akan ada sesuatu yang berlaku.
Mengenali Anwar, penulis percaya semua ini ada kaitan. Apatah lagi, provokasi seumpamanya bukan pertama kali, tapi perbuatan baling molotov cocktail tidak lama selepas Anwar menyentuh isu sama, adalah yang pertama kali. Lagipun, di kalangan puak Kristian kita tahu ada yang kurang ajar, tapi belum ada yang cukup berani untuk cetus provokasi seperti itu (pasang banner), habis tidak hanya keluar kenyataan media saja.
Anwar dan politik polong (sendiri cetus masalah, sendiri selesai masalah) ini bukan pertama kali. Sekarang ini pun pembangkang berpakat dengan peniaga, pemborong cina untuk naikkan harga barang gila-gila sehingga rakyat marah kerajaan BN, dan kemudia dia juga janji akan selesaikan masalah tersebut kalau dia dipilih jadi kerajaan.
Rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keamanan memandang isu ini sebagai serius dan pihak berkuasa berkenaan perlu ambil iktibar. Kita tahu, ada pihak yang nak laga-lagakan orang Islam dan orang Kristian di negara ini supaya keadaan huru hara berlaku dan kerajaan BN akan dipersalahkan.
Siapa orang itu? Inilah yang kita minta siasat sangat peliwat tua ni. Kerajaan pun jangan asyik nak kompromi saja, perlu ada ketegasan sikit.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Ahli Parlimen Kuala Langat Sahkan Saifuddin Nasution Berbohong?
27 Januari 2014
Oleh Zul Rawi
Kenyataan Ahli Parlimen PKR dari Kuala Langat, Abdullah Sani yang mengakui bahawa isu untuk melucutkan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar ada dibincangkan dalam jelas membuktikan bahawa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menipu.
Menurutnya perkara tersebut sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.
“Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Abdullah Sani, desakan itu ekoran rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Khalid.
“Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.
Akhbar Sin Chew sebelum ini melaporkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid meletak jawatan dan digantikan dengan individu lain.
Saifuddin ketika mengulas laporan yang dikeluarkan sebelum ini mengatakan terdapat desakan ‘keras’ agar Khalid dipecat. Namun katanya desakan ‘keras’ itu bukanlah usul dan mesyuarat MPP tidak membuat sebarang keputusan untuk memecat Abdul Khalid.
“Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa dalam laporan akhbar Sin Chew petang semalam (Rabu).
“Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir, hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid). Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini.
Persoalannya apakah kenyataan Saifuddin itu bertujuan untuk menyembunyikan kemelut yang sedang melanda parti itu. Sedangkan umum memang mengetahui perbalahan antara Khalid dan Azmin.
Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.
Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.
Berikut adalah rakaman perbualan Abdullah Sani berhubung isu pemecatan Khalid.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
"Anwar Sudah Jadi Pelawak Yang Penuh Kegilaan" - Khairy Jamaluddin
28 Januari 2014
Oleh Zul Rawi
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.
“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.
Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’.
Menurut Khairy “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.
Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.
“Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.
Paling menarik apabila mantan mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia secara sinis mengatakan tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk memberikan laluan kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat.
“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.
Disebabkan isu perletakan jawatan dan pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah satu tindakan yang bijak. Tambahan pula ia dilakukan kerana isu perbalahan dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini hangat diperkatakan. Berikut adalah antara pandangan masyarakat berhubung isu ini.
Mohd Salihin Nadzari Lantik Anwar bertanding. Anwar ni dah jadi gila macam Sultan Melaka. Eloklah tu Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah. Nanti bolehlah bawa keturunan Sultan Melaka ke Kajang.
Harimau Malaya II Kenapa perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai Menteri besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu Sultan sebagai Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun Kajang, hari ini MB Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar nafikan hendak jadi MB Selangor, nanti dah menang apa yang berlaku? Apa alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit nazak atau dah mati? Kenapa Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang sesuai jadi calon Dun Kajang?
Harimau Malaya II KALAU ADE CALON BEBAS MACAM MANA ?? SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN WALHAL X NAZAK,XSAKIT DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA ???? KALAU BN BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN BERTANDING WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK BELANG,KEBODOHAN DAN KETAMAKAN ANWAR ……RENUNGKAN
Triton Hilux Tak tahulah apa alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR)
Suzana Elani duk pompang bn barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN
Dipetik daripada : www. mykmu. net
PRK Kajang Satu Tindakan Haram PKR - Nasraudin Tantawi
28 Januari 2014
Oleh Zul Rawi
Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran. Menurutnya keputusan untuk meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.
“Pilihan raya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.
“Pilihan raya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.
Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat.
“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.
“ Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.
Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan itu kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang. Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang Pas dan Dap.
“Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.
Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang.
“Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Maaflah PAS Selangor, Tiada Seorang Pun Pemimpin Anda Layak Jadi MB Selangor
RENCANA
28 Januari 2014
Semenjak dari tahun 1982, Anwar Ibrahim tidak pernah cenderung untuk menjadi pemimpin negeri. Bermula dari dalam ABIM dan pergerakan pelajar universiti tahun 1974 lagi, Anwar Ibrahim sudah mempotretkan dirinya sebagai pembesar di peringkat Persekutuan. Usaha bersungguh-sungguh dari tahun 1997 sehingga 2013 ialah untuk dia menjadi Perdana Menteri.
Namun takdir Allah Taala tidak dapat diatasi oleh sesiapa pun. Menjelang 2018, usia Anwar Ibrahim sudah menghampiri angka 70, sekaligus tidak lagi sesuai untuknya bergelar Perdana Menteri Malaysia. Justeru, dia perlu mencari tapak yang lebih kukuh, lebih mempesonakan dan namanya akan terus disebut-sebut selain dia boleh berlagak seperti seorang maharaja sekalipun di dalam sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri-negeri Melayu.
Kemelut pertembungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ali sengaja diciptanya bagi membolehkan dia mendapat laluan di Selangor. Walaupun dia bukanlah anak negeri Selangor, bahkan Parlimen yang dikuasainya juga bukannya di Selangor, namun itu tidak menghalang Anwar Ibrahim daripada meneruskan cita-cita besarnya.
Penguasaan majoriti lebih dua pertiga memudahkan Pakatan Rakyat untuk mengubah atau meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang mana ada klausa-klausanya mungkin menghalang orang luar daripada menjadi Menteri Besar Selangor. Anwar melihat kewujudan DYMM Sultan Selangor pula sekadar sebuah patung yang tidak mempunyai sebarang kuasa dan tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah rang pindaan tersebut dibentangkan kepada baginda.
Sebaliknya baginda hanya perlu menurunkan tandatangan dan merelakan pindaan yang membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor, sekaligus memecahkan rekod bagaimana seorang cucu seorang lelaki India totok yang masuk Islam semata-mata untuk mengahwini neneknya, berjaya menjawat jawatan tersebut sebagai Menteri Besar Selangor ke-11 dalam sejarah Selangor moden.
Dalam hierarki kepimpinan sepatutnya PAS yang menduduki carta teratas memandangkan PAS dipenuhi ADUN-ADUN Melayu beragama Islam dan menguasai 15 kerusi DUN. Sepatutnya PKR yang hanya menguasai 14 kerusi DUN dengan segelintir kecil sahaja ADUN Melayu, perlu mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada PAS bagi sebarang tindakan, namun PKR memilih untuk tidak berbuat demikian. Sebaliknya keegoan dan perasan mereka lebih hebat, lebih kuat dan lebih dikehendaki berbanding PAS, membuatkan mereka mengambil tindakan secara bersendirian tanpa berbincang atau berunding terlebih dahulu dengan PAS Selangor.
Dewan Pemuda PAS Pusat sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah dan gelagat sombong Anwar Ibrahim dan PKR. Kata-kata kesat sudah pun menggantikan kata-kata sempurna yang halus sindiran dan kiasannya. Malah bekas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi ketika memberikan reaksinya, berterus-terang bahawa kerja yang dilakukan oleh PKR di Selangor adalah kerja gila yang menyusahkan rakyat dan tenaga kerja parti semata-mata untuk memberikan laluan kepada seseorang dari parti tersebut untuk menjadi Menteri Besar.
Apa pula yang akan direaksikan oleh PAS Selangor? Walaupun sebahagiannya seperti Khalid Samad akan memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim kerana kepentingan kocek dan temboloknya, rata-rata sudah tidak tahan dengan gelagat itu. Sana sini akar umbi PAS sudah berbunyi. Bahkan sudah ada beberapa PAS Kawasan yang bermesyuarat dan mencapai kata sepakat, enggan peduli dengan Pilihanraya Kecil DUN Kajang kerana tidak mahu melayan kegilaan melampau Anwar Ibrahim dan PKR.
Agak aneh, daripada 15 orang ADUN PAS Selangor, takkanlah tidak ada seorang pun yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Pertelingkahan dan kemelut kepimpinan di Selangor berpunca daripada PKR.
Sepatutnya inilah masanya PAS mengambilalih tugas dan jawatan tersebut memandangkan antara ketiga-tiga parti, PAS yang paling dominan dan PAS yang paling layak serta paling stabil dan tak banyak kerenah.
Apa perlu seorang ADUN PKR melepaskan jawatan dan kemudian cepat-cepat berhijrah ke negara asing semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding dan kemudian menjawat jawatan Menteri Besar?
Kesian PAS… bertungkus lumus mengerjakan UMNO seteruk-teruknya, tetapi akhirnya mereka tetap juga bertaraf PARIAH. Maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Almarhum Datuk Harun Taib, PAS perlu keluar daripada Tahaluf Siyasi dengan PKR dan DAP yang ternyata telah merugikan PAS, bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga dalam jangka panjang.
Dipetik daripada : www. mykmu.net
PRK Untuk Selesai Kemelut Dalam Parti... Bazir Duit Rakyat, Berapa Mantan YB Dapat?
28 Januari 2014
Perletakan jawatan ADUN Kajang semalam sememangnya menjadi kejutan apatah lagi ianya berlaku dalam keadaan tiada isu-isu besar yang terpalit ke atas dirinya.
Apa punca, sebab musabab perletakkan jawatan Lee Chin Cheh?
Paling menguntungkan ialah Anwar Ibrahim, kerana pasti keadaan ini ibarat “diversion” kepada isu Jepun dan isu anaknya yang sedang panas diperdebatkan. Lebih hebat lagi, bukan sekadar mengalihkan isu, tetapi suasana yang sedang diciptanya memberi ruang dan peluang untuk menyelesaikan masalah dalam parti. Bijak bukan?
Demokrasi, itu bakal diucapkan oleh Anwar Ibrahim dalam menghalalkan strateginya, sedangkan apa yang rakyat perlu tahu ialah, pilihanraya kecil yang bakal berlangsung dijangka menelan kos sekitar RM2 juta. Dan kos ini bermakna wang rakyat. Bukankah mereka seringkali mendesak agar Kerajaan berjimat dan jangan boros menggunakan wang rakyat? Wang rakyat digunakan untuk selesaikan masalah dalam PKR di Selangor!
Membazir!
Perletakan jawatan ADUN Kajang itu juga bermakna beliau tidak layak menerima pencen wakil rakyat. Apakah wujud gantirugi yang bakal diperolehi hasil perletakan jawatan tanpa sebab itu? Atau sekadar membiarkan ianya hanyut begitu sahaja… ini politik, bukan kebajikan, and money do the talks! Nothing is free in PKR.
You do not believe it? Please ask Johari Abdul. He knows how “minyak pelincir” works.
Sejarah sudah tercipta pada PRK DUN Penanti apabila BN mengambil sikap untuk tidak campurtangan serta tidak meletakkan calon hanya semata menjadi sebahagian dari “pemain politik” garapan PKR. Kekosongan DUN Kajang bukanlah berasaskan norma biasa seperti kematian, atau akibat hukuman penjara, waima ketidakpuasan wakil rakyat terhadap parti yang diwakilinya.
Kekosongan DUN Kajang adalah satu lagi aktiviti luar norma dan songsang yang sudah menjadi trend dan kebiasaan Parti Keadilan Rakyat dalam cita-cita menyelesaikan masalah dalamannya.
Bagi penulis, Barisan Nasional harus mengekalkan prinsip yang sama ditunjukkan pada PRK DUN Penanti tahun 2009. Tidak perlu terikut-ikut dengan permainan politik songsang PKR.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Lebuh Raya Rakyat Bukti PAS Tidak Mampu Bina "Highway"?
28 Januari 2014
Bagai tikus membaiki labu. Perumpamaan yang paling sesuai untuk PAS Kelantan dengan projek mega Lebuh Raya Rakyat. Ianya kebanggaan PAS Kelantan namun akhirnya disaman oleh sebuah syarikat pembinaan. Dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu dituntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.
Sebelum ini PAS Kelantan mendabik dada dengan projek ini dengan menfitnah dan mentohmah kerajaan Barisan Nasional. Kononnya pembinaan lebuh raya ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri tanpa kutipan tol. Selain dana kerajaan negeri, kontraktor dan rakyat Kelantan rela dalam paksa menderma atas nama wakaf.
Pembinaan Lebuh Raya Rakyat ini bermula awal tahun 2014 dan projek sejauh 73 kilometer tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman dengan menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.
DHI telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan. Mereka juga menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Sebelum ini PAS Kelantan sering menjadikan kerajaan sebagai kambing hitam mereka. Kononnya projek tersebut yang dirancang sejak tahun 1986 dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) namun tidak dilaksanakan sehingga memaksa kerajaan PAS negeri tersebut mengambil inisiatif untuk menyiapkannya sendiri.
Begitu mudah mereka memperbodohkan rakyat Kelantan. Hampir setiap jalan di Negeri Kelantan samada jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik.
Manakala dari 2008 hingga 2011 pula Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.
Disamping itu juga Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan. Manakala Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.
Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya tersebut telah dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. Sikap mereka yang terlalu angkuh memang telah memakan diri. Isu tol yang mereka sentiasa guna untuk menghentam kerajaan juga dengan sendirinya terjawab. Sesetengah perkara memang perlu dilaksanakan oleh mereka yang lebih pakar demi memastikan ianya berjalan dengan lancar.
Isu yang paling penting di sini adalah sikap. Bertelor sebiji riuh sekampung. Belum pun mereka berjaya melaksanakan projek yang besar namun sikap jahat mereka yang kerap memfitnah dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak berjasa kepada rakyat Kelantan amat keterlaluan. Sikap mereka tidak langsung mengambarkan sikap sebenar umat Islam. Sepatutnya mereka perlu buktikan dahulu keupayaan mereka. Islam tidak membenarkan umatnya riak. Jauh sekali menfitnah dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Sesungguhnya PAS memang tidak layak menggunakan nama parti Islam kerana mereka sekadar memaparkan sikap melampau yang boleh merosakkan imej Islam.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Tak Dapat Jadi PM, Jadi MB Pun Oklah?
27 Januari 2014
Kemelut dalam pakatan pembangkang nampak gayanya tidak akan berkesudahan malahan makin “panas”. Dalam keadaan pihak Khalid menafikan perletakkan jawatan beliau, terdapat beberapa pihak media yang hangat memperkatakan niat Anwar Ibrahim mahu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.
Apa sudah jadi? Selama ini Anwar berkobar-kobar mahu menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja yang boleh menghalang laluan beliau. Adakah beliau telah sedar bahawa jawatan Perdana Menteri itu sudah terlalu mustahil untuknya?
Speaker Hannah Yeoh telah mengesahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini. Kononnya ini untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Menteri Besar selangor.
Seperti biasa pembangkang seolah-olah telah merancang segalanya mengikut agenda mereka. Mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jawatan Menteri Besar (MB) Selangor tidak semestinya dijawat oleh anak jati Selangor sendiri. Kita tahu bahawa Anwar bukan anak jati Selangor. Mereka akan menghalal cara kan apa sahaja perkara mengikut kemahuan mereka. “End justice the mean”. Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, rakyat Malaysia dari mana-mana negeri boleh menjawat jawatan tersebut sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di Selangor.
Sebelum ini media telah membongkar ketidakupayaan pembangkang dalam mentadbir Selangor sehingga menyusahkan rakyat. Banyak perkara telah dipertikaikan seperti isu sampah, syabas. penipuan manifesto dan sebagainya. Pembangkang telah menafikan segalanya. Namun kini mereka seolah-olah menggunakan isu yang sama untuk ‘menghentam” Khalid Ibrahim.
Persoalannya adakah rakyat Selangor rela bermenteri besarkan seorang yang pernah disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara. Kerajaan Jepun pun tidak rela membenarkan Anwar menjejakkan kaki “kotornya” ke tanahair mereka. Lekeh sangatkah rakyat Selangor sehingga sanggup menjadikan seorang yang berulangkali dibicarakan atas kes liwat yang tidak berpenghujung sebagai Menteri Besar.
Bukan itu sahaja yang mengganggu kami rakyat Selangor. Penipuan demi penipuan Anwar Ibrahim yang telah berjaya dibongkarkan sebenar menjadi “indicator” bahawa beliau benar-benar tidak layak menjadi pemimpin. Hancurlah negeri Selangor jika dipimpin oleh juara penipu yang cukup pandai berlakon ini.
Rakyat mempunyai tugas besar dalam membuat pilihan siapa yang harus mereka pilih untuk menjadi pemimpin. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan rakyat bahkan anak cucu kita menderita. Jihad kita untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Sinar Harian Bantu PAS Elak Hilang Sokongan Pengundi Islam & Melayu
27 Januari 2014
Debat berkenaan isu Kalimah Allah di Selangor yang cukup hebat diuar-uarkan oleh Sinar Harian akhirnya tidak menjadi kenyataan atas sebab tertentu.
Menurut maklumat yang diperolehi, sebab tertentu itu adalah desakan kuat dari pucuk pimpinan PASagar debat berkenaan dibatalkan.
Hebat pucuk pimpinan PAS sehingga berjaya membuat Sinar Harian mengambil keputusan untuk membatalkannya sedangkan sekiranya perkara sama diambil oleh UMNO dalam debat atau wacana sebelum ini, pasti akan terpampang di muka hadapan tajuk-tajuk yang terus merugikan UMNO.
Pada dasarnya, kita tahu pendirian pimpinan PAS, kecuali Dewan Ulama PAS. Itu pun hanya segelintir penyokong atau pemimpin yang senada dengan dewan tersebut, dan bilangan mereka boleh dihitung berbanding bilangan yang menyokong penyerahan kalimah tersebut kepada bukan Islam.
Tentunya ini sangat merugikan PAS apabila debat itu diadakan, apatah lagi Khalid Samad merupakan antara perintis kepada penyerahan hak penggunaan kalimah Allah kepada pihak Gereja. Pastinya, keputusan Sinar Harian untuk tidak meneruskannya telah memberi “damage control” tahap tertinggi kepada PAS.
Dan selaku platform wacana serta forum yang selalunya bertukar kepada medan menghentam kerajaan menurut pemerhatian penulis, tidak sukar untuk mengagak apakah maksud sebenar keputusan pembatalan tersebut.
Penulis secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan debat berkenaan, kerana ianya membawa kepada perpecahan yang lebih besar terhadap perpaduan umat Islam. Apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam masakini di negara bertuah ini pun sudah cukup membimbangkan.
Mengapa kita umat Islam yang perlu tegang leher sesama sendiri atas isu yang dilontarkan oleh bukan Islam? Bukankah lebih elok bermuzakarah antara pimpinan, agar titik pertemuan kesepakatan dapat dicapai untuk kerjasama yang menguntungkan ummah?
Dan apakah sukar untuk Sinar Harian menduga kesan dan akibat sebelum membuat keputusan sudi menjadi “tuan rumah” kepada perdebatan isu Kalimah Allah?
Atau sengaja mengambil kesempatan dalam cita-cita untuk meningkatkan populariti sekaligus melariskan jualan akhbar berkenaan?
Konklusinya, debat anjuran Sinar Harian ini dibatalkan atas desakan pucuk pimpinan PAS. Siapa kawal siapa?
Wow!!!
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Posts (Atom)