Sunday, October 11, 2015

Allah Panjangkan Usia Mereka.... Alhamdulilah.... Dua Murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi Dijumpai Selepas 48 Hari Hilang

Mangsa yang ditemui Noreen Yaakob , 10 tahun dan Mirsudiar Aluj, 11 tahun.

Kedua-dua mangsa ditemui sebentar tadi tidak jauh dari lokasi penemuan rangka kanak-kanak yang dijumpai petang semalam berhampiran Sungai Perias.

Sebaik dijumpai, dua anak Orang Asli terbabit dibawa ke Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi.

Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, ATM.

Kini kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment