
Sunday, October 25, 2015
Bapa Mangsa Culik Keluar Notis Di Akhbar Bersihkan Nama Pemandu Teksi
KUALA LUMPUR : Susulan kes penculikan seorang kanak-kanak di Kajang awal
bulan ini, keluarga mangsa tampil membuat penjelasan bagi membersihkan
nama pemandu teksi yang telah bertindak menghantar kanak-kanak itu
pulang dengan selamat.
Bapa kanak-kanak itu, Lee Kim Wen, mengeluarkan notis di hampir kesemua
akhbar harian pada Sabtu demi memulihkan imej pemandu teksi berkenaan
yang dikatakan tercalar selepas dia turut sama ditahan bersama tiga
suspek kes tersebut.
Melalui notis itu, Lee memberitahu, dia dan keluarganya yakin pemandu
teksi itu, Hanizan Mohd Radzi, tidak terbabit dengan kes penculikan
berkenaan.

Malah mereka sekeluarga sangat berterima kasih di atas kesanggupan
Hanizan membantu mengembalikan kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga.
Mereka juga kesal kerana bantuan yang diberikan Hanizan telah disalah
anggap dan berharap penjelasan yang dipaparkan di dada-dada akhbar ini
akan dapat mengembalikan keadilan kepada Hanizan dan keluarga.
Pada 9 Oktober lalu, Li Zhi Yang, 5 tahun, telah dilarikan dua lelaki di
hadapan sebuah tadika ketika ibunya sedang memberikan tunjuk arah
kepada dua suspek berkenaan.
Insiden tersebut menjadi viral setelah rakaman CCTV kejadian tersebut dipaparkan di media sosial.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment