Monday, October 19, 2015

Jerebu – Najib Nasihat Orang Ramai Punyai Masalah Kesihatan Segera Dapatkan Rawatan

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan supaya segera mendapatkan rawatan berikutan keadaan jerebu yang agak teruk pada masa ini.
http://jtppismp.com/jtpwp005/5270rbt3/wp-content/uploads/2014/08/jrbu8.jpg
“Keadaan jerebu agak teruk hari ini di beberapa kawasan. Kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah perlu ambil langkah berjaga-jaga. 

“Segera dapatkan bantuan di klinik atau hospital kerajaan berdekatan sekiranya perlu,” katanya dalam catatan terkini beliau di laman Facebooknya.

Beliau turut menyertakan laman sesawang http://apims.doe.gov.my/v2/table.html bagi orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara.

Kualiti udara di kebanyakan negeri terus merosot dan setakat 1 tengah hari ini, sebanyak 18 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment