Sunday, October 04, 2015

Mahathir Terima Laknat Allah? Mahu Jadi Pengkhianat Di Hujung Usia..

Pengkhianatan Mahathir terhadap pemimpin orang melayu khususnya pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi didalam negara kini semakin ketara. Mahathir kini seperti dirasuk untuk merosakkan sistem politik Malaysia apabila berterusan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

Secara tak langsung, Mahathir kini sedang mempersendakan pilihan rakyat yang memilih Umno serta Barisan Nasional sebagai parti yang menerajui kerajaan sedia ada. Mahathir juga ibarat memijak-mijak kepercayaan ahli-ahli Umno yang berjumlah 3 juta orang diseluruh negara apabila cuba menggulingkan Presiden parti.

Dalam satu ucapannya di Majlis Hi Tea anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka hari ini, Mahathir dengan bongkaknya mengatakan beliau sememangnya mahu Najib digulingkan. Mahathir juga seolah-olah mengatakan orang melayu bodoh apabila masih mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Siapa Mahathir untuk berlagak bongkak sedemikian? Apakah Mahathir berasa dirinya sangat besar kerana menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan juga kononnya banyak berjasa pada negara? Jangan lupa..., Mahathir dibayar gaji dan diberi segala bentuk kemewahan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.. Segala jasa-jasanya bukan dibuat secara percuma tetapi dibuat dengan hasil upah dari rakyat!

Apakah Mahathir mahu memajukan negara jika tidak dibayar gaji serta tidak diberi jawatan Perdana Menteri? Apakah Mahathir akan peduli tentang nasib melayu jika dia tidak menerima apa-apa imbuhan untuk diri serta kroninya? 

Lihat sahaja apa yang jadi di Kedah.., walaupun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kini Kedah kekal menjadi negeri kedua termiskin di Malaysia. Apa jasa-jasa Mahathir di Kedah? Kubang Pasu kawasan yang "totok" Mahathir sendiri masih ketinggalan berbanding kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Kenapa begitu? Kenapa Kedah ketinggalan walaupun Mahathir jadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan kini Kedah ditadbir oleh anaknya Mukhriz? Jawapannya ialah Mahathir hanya mahu popular dan mengkayakan kroninya sahaja. Jika ada yang nak kata Langkawi membangun di zaman Mahathir, lupakan saja sebab Langkawi tak hebat mana kalau nak dibandingkan dengan Pulau-pulau perlancongan yang lain..

Dan ramai yang sedia maklum, Mahathir juga mempunyai banyak masalah dizaman pemerintahannya cuma Mahathir sangat licik menangani semua dengan cara kuku besi dan diktator. Cubalah bersuara dan mengkritik kerajaan di zaman Mahathir, sudah tentu akan disumbat kedalam penjara tanpa bicara.

Dan kini Mahathir mahu kata Najib tak layak jadi pemimpin negara kerana dituduh mengambil rasuah? Rasuah apa? 1MDB? Sumbangan Dana Politik dari Arab? Ataupun rasuah yang dirahsiakan yang hanya Mahathir saja tahu?

Jika benar Najib rasuah, kenapa Mahathir sendiri tak membuat laporan Polis? Kenapa suruh balaci-balacinya seperti Khairuddin untuk buat laporan? Kenapa Mahathir tak dedahkan bukti-bukti bahawa Najib makan rasuah? Kalau tak berani dedahkan didalam negara, kenapa Mahathir tak dedahkan kepada media luar? Kenapa Mahathir takut?

Kalau nak diulang kembali sejarah lama, rasanya ramai rakyat Malaysia yang tahu sejarah Mahathir dan Anwar yang menyebabkan rasuah berleluasa. Majoriti rakyat juga tahu bahawa negara sepatutnya lebih maju dizaman pemerintahan Mahathir, tetapi ia dihalang oleh perbuatan kronisma yang diamalkan secara besar-besaran ketika itu.

Jangan hairan apabila pernah dikatakan bahawa segala kekayaan yang kita perolehi ketika ekonomi negara sedang maju dahulu dikaut dan dirampas oleh Mahathir dan kroni-kroninya. 

Segala projek-projek mega seperti Lebuhraya Utara Selatan, Bakun, Pewaja, Menara Kembar Petronas, Menara Telekom, LRT, Litar Formula One dan beberapa projek lain dibolot bersih oleh orang yang sama iaitu Vincet Tan, Eric Cheah, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Teh Pek Khing, Ananda Krishnan serta tak ketinggalan Mirzan dan adik beradik. 

Banyak pendedahan yang dibuat dan banyak salahlaku Mahathir telah ditampilkan, namun semuanya ditutup menggunakan Akta ISA dan juga sekatan terhadap media. Jadi siapa yang Mahathir mahu kata teruk? Bukankah Mahathir sendiri sangat teruk jika nak dibandingkan dengan Najib?

Kini Mahathir mahu Najib "dikuburkan" hanya kerana tak mahu membantu anak-anak serta kroninya seperti yang pernah diamalkannya dulu.. Dihadapan rakyat, Mahathir berlakon baik kononnya mahu berjuang demi bangsa melayu.., tetapi realitinya Mahathir hanya berjuang demi kroni sepertimana yang selalu dia lakukan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Rakyat kini tak bodoh untuk melihat serta mengenang sejarah politik. Cuma Mahathir yang masih anggap rakyat masih bodoh seperti zamannya memegang kuasa. Mungkin ada segelintir rakyat yang percaya cakap-cakap Mahathir, tetapi majoriti rakyat sedar bahawa politik Mahathir lah yang menjadi punca masalah di Malaysia! 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment