Sunday, October 04, 2015
Mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Kepolisan
KUALA LUMPUR : Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan
Zulkifli Bin Abdullah hadir memberikan penghormatan terakhir buat
mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng di Xiao En Centre di sini, pagi tadi.
Beliau yang mewakili pucuk pimpinan PDRM telah bersama-sama seluruh
warga PDRM yang lain mengucapkan terima kasih kepada keluarga mendiang
kerana telah sudi berkongsi jasa dan budi seorang wira agung dalam pahit
manis dunia kepolisan negara.
Acara kemuncak upacara penuh istiadat kepolisan di Nilai pula telah
menyaksikan seluruh warga PDRM memberikan tabik hormat yang terakhir
kepada mendiang kerana telah berkorban seluruh jiwa dan raganya
mempertahankan kedaulatan negara.
Turut hadir di dalam majlis penghormatan itu ialah Mantan Ketua Polis
Negara, Tun Mohammed Hanif bin Omar, Ketua Polis Negeri Sembilan Dato'
Jaafar Mohd Yusof , Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong
Soon, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment