Monday, October 05, 2015
Najib Nafi Adakan Pertemuan Dengan Netanyahu di PBB
Kalau berselisih bukan tak mahu tengok langsung...perlu kita tunjuk Negara kita bukan menyokong keganasan tindakan Israel itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan
perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York,
baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata beliau sebenarnya telah bertembung dengan
pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu
selesai berucap dan beliau pula selepas itu.
"Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia
berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian
bagi menjawab soalan di Milan, Itali mengenai gambar beliau yang
dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.
Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.
Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.
"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada
apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh
disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil
Tetap Malaysia di PBB," katanya.
Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.
Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.
"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi
gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment