Suspek yang juga seorang ahli perniagaan berusia 30-an ditahan 10 malam Ahad di Damansara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mangsa dipercayai patah tulang hidung dan masih dirawat Sungai Buloh.
"Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
"Pihak kami sedang mendapatkan perintah reman daripada mahkamah pagi ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang di IPK Selangor, hari ini.
Sebelum ini polis telah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan milik lelaki berkenaan, berdasarkan laporan yang dibuat seorang wanita dipercayai pemilik premis mencuci kereta itu.
Wanita itu, Haziyati Abdul Hamid, 30-an turut memuat naik video pekerjanya yang dikenali sebagai Shian, yang dibelasah lelaki berkenaan di laman Facebook sehingga menjadi viral.
Video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 31 saat jelas menunjukkan pekerja warga Bangladesh itu ditampar di bahagian muka.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 12.45 tengah hari Sabtu.
Menurut postingnya di laman Facebook, Haziyati berkata lelaki berkenaan menampar pekerjanya selepas berang keretanya yang dimasuki warga asing itu kotor.
Malah katanya, lelaki itu juga tidak membayar harga servis sebaliknya meminta wang RM1,000 dengan alasan tidak munasabah.
"Mungkin lelaki Bangladesh itu kotor berpakaian lusuh dan hina, kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang RM1,000 kerana duduk dan mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin.
"Siapa pun kita, sekaya mana pun, jangan terlalu angkuh dan bongkak dengan mereka yang dipandang hina," kata Haziyati dalam postingnya itu.
Haziyati turut mendakwa pekerjanya mengalami trauma akibat insiden itu, apatah lagi tamparan berkenaan menyababkan hidungnya patah dan bengkak.
No comments:
Post a Comment