Friday, October 09, 2015

Singapura "Haramkan" Barangan Indonesia Sebagai Balas Dendam Jerebu

Akibat pembakaran terbuka di negara jiran, Indonesia yang menyebabkan jerebu melanda Singapura dan Malaysia, kerajaan Singapura hari ini mengambil langkah 'dendam' dengan memboikot barangan dari negara tersebut.

Menurut Straits Times,  Majlis Alam Sekitar Singapura (SEC) telah menggantung sementara waktu label hijau pengedar eksklusif APP di Singapura, Universal Sovereign Trading.

Dalam masa sama, SEC juga meminta 17 syarikat untuk menandatangi borang pengakuan bahawa mereka tidak membawa masuk dan menjual produk dari lima syarikat termasuk APP.

Dilaporkan, beberapa rangkaian pasaraya seperti NTUC FairPrice, Shen Siong dan Prime Supermarket dan beberapa kedai serbaneka seperti 7-Eleven, Giant dan Cold Storage telah memboikot barangan dari indonesia.

Adakah tindakan yang dilakukan kerajaan Singapura ini wajar bagi menghentikan pembakaran terbuka yang telah menyebabkan jerebu melanda di negara kini??

Bukankah Singapura yang dipimpin oleh pemimpin Cina perlu mencari jalan penyelesaian lebih efektif berbanding memboikot barangan Indonesia yang tidak akan mengurangkan jerebu yang melanda.

Memboikot barangan dari negara yang sedang mengalami masalah untuk memadam kebakaran hutan secara terbuka bukanlah satu penyelasaian terbaik. Apa yang diperlukan adalah Singapura perlu membantu Indonesia bagaimana untuk memadamkan kebakaran yang berlaku.

Beginilah keadaan Malaysia pada masa akan datang jika anda sebagai pengundi memberi peluang kepada parti Cina untuk menguasai pentadbiran kerajaan negara. Mereka pasti akan memboikot barangan milik kaum Melayu untuk menjatuhkan ekonomi umat Melayu.

Adakah anda mahu negara ini ditadbir oleh pemimpin Cina seperti yang berlaku di Singapura ini?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment