Sehingga ke saat ini media sosial masih lagi riuh memperkatakan dan membahaskan berita kenaikan kadar tol. Beberapa bloggers telah menulis artikel tentang perkara ini.
Tun Dr Mahathir juga dikaitkan. Anda baca artikel ini :
Melalui satu kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Syarikat Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) pada 26 June 2015 ,
“Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh
Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan
untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A.
Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana
ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian
Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan
selesa kepada pengguna lebuh raya.”
http://www.malaysiakini.com/news/303182
Bekas Perdana Menteri sendiri mengakui
beliau melakukan kesilapan apabila memberi kelulusan dalam konsesi yang
akhirnya menyusahkan rakyat sehingga kini.
http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2007/1/5948/dr-mahathir-bersetuju-demonstrasi-bantah-tol.html
“Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa
kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir
mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik
dari itu.
Kenaikan tol ini juga disalahguna oleh pencacai pembangkang yang
memfitnahkononnya kerajaan BN menipu tidak menepati manifesto PRU-13.
Fitnah mereka tidak menjadi kerana penyelarasan tol ini hanya melibatkan
lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar.
Sebenarnya, pihak yang menipu dan tidak menepati manifesto PRU-13
ialah Pembangkang. Kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan kadar tarif air
sebanyak 16.7 peratus tatkala GST diperkenalkan, satu taktik yang cuba
mengalih perhatian rakyat daripada mempersoalkan kenaikan tersebut.
Ianya ternyata telah mengengkari manifesto pakatan pembangkang
sebagaimana yang tercatat dalam Buku Jingga yang berjanji untuk
menurunkan caj air kepada rakyat. Yang disalahkan ialah rakyat kerana
didakwa membazir air. Begitu mudah mereka menuduh rakyat.
Bagaimana pula dengan isu rakyat Pulau Pinang yang akan dibebankan
dengan kutipan tol apabila kerajaan DAP Pulau Pinang membenarkan
syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30
tahun untuk terowong Pulau Pinang? Kenapa mereka tidak bising?
Yang memualkan ialah alasan Lim Guan Eng DAP tentang tol terowong itu. Tol dikenakan kerana 'demi menggalakkan kerajaan pusat menghalang projek terowong bawah dasar laut'.
Berbalik kepada isu kenaikan tol, media melaporkan bahawa jumlah
pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013
adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak
RM402.99 juta.
Logiknya, hanya mereka yang menggunakan lebuhraya bertol sahaja yang
perlu membayar tol tersebut. Tetapi disebabkan desakan pihak-pihak
tertentu, pampasan terpaksa dibayar.
Di negara ini, apa sahaja yang naik sudah tentu akan dikritik dan
juga dimaki hamun terutamanya di dalam media sosial. Dan apa sahaja
penerangan atau Q&A yang diberikan tidak akan diterima dengan baik
walau pun penerangannya masuk akal dan tertakluk kepada perjanjian
konsesi yang telah ditetapkan.
Anda baca Q&A ini :
SOALAN : ADAKAH MELALUI PERJANJIAN KONSESI (CA) SESUATU KADAR TOL PERLU DINAIKKAN?
Didalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani, ada
beberapa komponen seperti jadual kadar tol sepanjang tempoh konsesi di
mana penentuan kadar tol dan tempoh kenaikan kadar tol adalah mengambil
kira kos operasi, penyenggaraan, unjuran trafik dan kos pembiayaan
kewangan (loan repayment). 
Atas faktor-faktor inilah, tempoh kenaikan
kadar tol perlu dikaji secara puratanya di antara 3 hingga 5 tahun. Oleh
yang demikian, kenaikan kadar tol adalah diperlukan oleh
syarikat-syarikat konsesi yang terlibat untuk membolehkan mereka
menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing
demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.
SOALAN : APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015?
Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan
teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang
telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di
mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan.
Perkara ini sangat sensitif dan kerap menjadi viral dan bahan untuk
mengumpat kerajaan pusat. Walau pun kenaikan tol dilapor membolehkan
kerajaan membelanjakan ekstra ratusan juta ringgit untuk pembangunan dan
kesejahteraan rakyat dan sudah tertangguh selama 7 tahun, ada yang
tidak mahu tahu tentang perkara ini. Ironinya, mereka ini juga bukan
pengguna jalan raya yang memakai tol.
Inilah realitinya rakyat Malaysia tetapi inilah cabaran yang mesti
ditangani oleh kerajaan pusat. Sama juga dengan isu tol yang sebenarnya
melibatkan kerajaan PKR Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment