Monday, January 11, 2016
1MDB : Jangan Bagi Muka Pada The Edge
EDITOR MENULIS...
11 JANUARI 2016
Selesai saja pelan rasionalisasi 1MDB,
antara media yang paling kedepan jadi batu api menghangatkan persepsi
buruk pasal 1MDB, The Edge, dilihat cuba jadi alim pulak pulak dah
dengan menulis artikel yang baik-baik saja pasal 1MDB.
Sila rujuk keluaran terbaru akhbar
tersebut dimana temuramah eksklusif dengan Arul Kanda dibuat, bercakap
tentang kejayaan 1MDB menjayakan pelan rasionalisasi yang diarahkan
kerajaan kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan. Menariknya, pandai
pulak nak temuramah sekarang (bila dah selesai), kenapa tak buat dulu?
Yang haramnya tu, Datuk Seri Najib Tun
Razak punya nama langsung tak disentuh, segalanya ni pasal Arul Kanda
saja. Walhal masa cakap buruk pasal 1MDB, semuanya Najib itu Najib ini,
bila dah elok dan terbukti apa yang ditulis dulu sebenarnya salah, nama
Arul Kanda saja yang pulak yang dijulang.
Sedangkan, pelan rasionalisasi yang
membawa kepada kejayaan 1MDB mengurangkan hutang ini pun diperkenalkan
oleh kabinet kerajaan Malaysia yang dipengerusikan Najib.
Tapi tak apalah sebab bagi saya tidak
ada yang lebih pahit melainkan telan ludah sendiri dan dalam hal ini
sememangnya The Edge sedang menelan ludah mereka sendiri.
Masa cerita
buruk pasal 1MDB dan buat pelbagai bentuk persoalan, tuduhan tidak
berasas – siap ada dakwaan orang kuat mereka nak beli dokumen curi untuk
dipalsukan (rujuk kenyataan Andre Justo) dan sebagainya, ramai yang
‘beriman’ dengan Th Edge, termasuk Muhyiddin Yassin, siap kehilangan
jawatan kerana terlalu percayakan laporan The Edge pada waktu itu.
Sekarang tak tahulah apa benda dia nak cakap lagi bila terbukti The Edge salah dan Najib betul, Arul betul, 1MDB betul.
Apa pun, soal Muhyiddin itu kemudian.
Yang pentingnya sekarang, sekalipun The Edge dilihat cuba nak ‘jadi
baik’ (kononnya) ini, janganlah hendaknya kita terpengaruh dan melupakan
semua benda buruk dan tuduhan tidak berasas yang pernah ditulis mereka
mengenai Najib dan 1MDB.
Saya difahamkan, dari 2 ketua The
Edge tu, seorang dilaporkan masih tidak tunjuk tanda akan berubah,
seorang lagi sedang mencari jalan bagaimana untuk mengelak dari penjara
kerana masalah kesihatan.
Apa pun keadaanya 2 orang itu, jika
dokumen dan keterangan yang diperolehi PDRM dari Andre Justo dan polis
Thailand itu mencukupi untuk tindakan dikenakan ke atas mereka berdua,
maka teruskanlah, jangan bagi muka. Banyak rosak dah dibuat dek
tangan-tangan jahat ini.
Maaf boleh, lupa jangan, no retreat, no surrender – ada kaitan takde kaitan, belakang kira.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment