Wednesday, January 06, 2016
Ahmad Maslan Datang Lagi Dengan Idea Geniusnya.. #tambahpendapatan
Selepas tampil menyarankan rakyat melakukan #2kerja, Datuk Ahmad Maslan
sekali lagi tampil untuk menaikkan kemarahan netizen dengan memuat naik
#tambahpendapatan.
#tambahpendapatan yang dimuat naik melalui akaun Twitter Ahmad Maslan
itu telah membuat para netizen yang tidak dapat menerima saranan untuk
hadir secara berjemaah memaki dan mencaci Timbalan MITI itu.
Pelik sungguh melihat perangai umat manusia pada masa kini... Apabila
orang menegur dan menyarankan perkara yang baik-baik, pasti orang
tersebut dimaki, dicaci dan dilabel yang buruk-buruk... Mungkin ini
merupakan tanda-tanda dunia akhir zaman.
Lagipun niat Ahmad Maslan hanya untuk membantu rakyat, terutamanya umat
Melayu yang kurang menceburi bidang perniagaan, dan beliau turut
memperkenalkan insiatif kerajaan kepada umat Melayu untuk memulakan
perniagaan.
Tapi mengecewakan apabila bantuan dan saranan Ahmad Maslan itu dianggap
sebagai bahan lawak dan netizen yang mengalami iklim kelembapan otak
terus menyalahkan kerajaan kerana melantik menteri seperti Ahmad Maslan.
Habis netizen ini mahukan menteri yang macam mana?? Macam Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang suka main lubang kunyit lelaki ke?? Atau Lim Guan Eng
yang hanya mementingkan legasi 'LIM'??
Bila ditanya sampai bila nak berubah dari terus menyalahkan kerajaan,
mereka menjawab sehingga pemimpin kerajaan kini diganti dengan pemimpin
yang baharu... Adakah jawapan ini munasabah untuk mereka melakukan
perubahan pada diri sendiri??
Walaupun pemimpin kerajaan diganti, ia bukan bermakna kehidupan
seseorang itu akan bertambah baik, malah lebih merisaukan dengan
kepimpinan baharu itu akan membuatkan rakyat lebih menderita.
Jadi, bersyukur dan berterima kasihlah kepada Ahmad Maslan yang banyak
memberi saranan kepada umat Melayu untuk melakukan perubahan...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment