Wednesday, January 06, 2016

Arahkan Mujaheed Menjawab Isu Kem Tentera Israel Taktik Dap Mahu Alihkan Isu

KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman Toha berkata, tindakan Dap tidak menjawab soalan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung isu perjanjian untuk membina kem tentera Israel di Pulau Pinang seperti yang didedahkan oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng, Razali Abdul Rahman, merupakan taktik parti tersebut untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu utama.

Menurut beliau, ianya merupakan satu taktik politik Dap untuk berusaha mengalihkan isu tersebut apabila mereka sendiri tidak menjawab persoalan itu sebaliknya meminta pemimpin PAN, Mujahid Rawa menjawab isu tersebut dengan harapan supaya perdebatan itu berlaku antara Dr. Zuhdi dan Mujaheed Rawa dan menenggelamkan isu yang sebenar.

“Inilah taktik kotor Dap yang cuba mengalihkan isu utama dengan meminta Mujaheed dari PAN sebagai rakan sekutu mereka untuk menjawab persoalan tersebut. Mereka mahu alih perhatian rakyat daripada isu pokok iaitu benar atau tidak perjanjian tersebut berlaku antara Dap dan Israel dan menjadikan Mujahid sebagai kambing hitam bagi tujuan tersebut.
norman toha 2 
“Dap mengharapkan agar campur tangan Mujahid dalam isu ini akan menyebabkan fokus rakyat dan perdebatan tidak lagi kepada isu kem tentera Israel tersebut, tetapi akan beralih kepada perdebatan antara Mujahid dan Dr Zuhdi yang pernah duduk di dalam satu parti sebelum ini,” jelasnya kepada pihak media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa tindakan Mujaheed yang menjawab persoalan ini bagi pihak Dap seolah-olah memperlihatkan kebenaran desas desus selama ini bahawa memang benarlah PAN ini merupakan parti yang menjadi budak suruhan Dap.

“Kalau nak diikutkan kronologi penubuhan PAN itu sendiri, Dap merupakan parti yang pertama mengalu-alukan kewujudan PAN. Dap merestuai di atas penubuhan PAN adalah kerana parti tersebut sememangnya mahu mencari sebuah parti Melayu Islam yang boleh diharapkan untuk membela pendirian pakatan baru berhubung isu-isu Islam, Melayu dan Raja, setelah Pas memutuskan hubungan dengan Dap.

“Selain itu, saya melihat PAN juga akan digunakan oleh Dap sebagai senjata untuk menyerang terhadap institusi keMelayuan dan Islam serta untuk menyerang parti-parti Melayu Islam seperti UMNO dan Pas. Bagaimanapun, saya yakin PAN tidak akan bertahan lama bersama Dap kerana PAN hanya dipergunakan oleh Dap sementara mereka berusaha merekrut lebih ramai orang Melayu masuk di dalam Dap.

“Dan hari ini, dengan pembelaan Mujaheed terhadap isu kem Isreal yang sepatutnya di jawab oleh Dap sendiri, seolah-olah membuktikan bahawa memang benarlah parti PAN ini dijadikan budak suruhan oleh Dap sebagai benteng pertahanan mereka bagi menjawab isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan Melayu,” tegasnya.

Bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Razali Abd Rahman telah membangkitkan isu ini kira-kira empat tahun lepas namun tidak ada sebarang jawapan daripada Dap berhubung tuduhan tersebut.

Dan baru-baru ini, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikkan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki sekali lagi membangkitkan kenyataan Razali berhubung pembinaan kem tentera Israel di Pulau Pinang itu dan meminta Dap menjawab dan memberikan  penjelasan kepada rakyat di negara ini berhubung isu tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment