Tuesday, January 12, 2016

Awas.. Bagi Yang Gatal Tangan Di Media Sosial

Jumlah pengguna laman Facebook di dikalangan rakyat Malaysia sudah mencecah 14 juta.Berjuta lagi yang guna aplikasi seperti Whatsapp,WeChat dan segala macam yang lain.

Memang boleh haru biru negara yang berbilang kaum dan agama ini dibuatnya jika ramai yang gatal tangan buat komen dan posting bukan-bukan ikut sedap hati.

Ini belum lagi bab yang pandai-pandai sebar berita palsu dan yang berunsur fitnah.

Sekalipun ada yang angkat bendera jangan diganggu kebebasan bersuara dan kebebasan alam internet,namun potensi bahayanya sudah ada di depan mata.

Kebelakangan ini sudah ada sebilangan komen dan posting yang bikin masalah.

Bagi mereka yang mengunakan aplikasi media sosial dengan tertib tidak perlu merasa gundah dan bimbang dengan keputusan terbaru Polis Diraja Malaysia yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Selasa.

Beliau memberitahu pada tahun ini polis sudah tambah fokus dalam bidang tugasnya menjaga keamanan negara khususnya benteras jenayah.

Ia adalah langkah membenteras perbuatan salah guna media sosial yang boleh mencetuskan masalah kepada ketenteraman awan dan sebagainya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Bukit Aman Selasa beliau menilai tindak tanduk salah guna media sosial kini sudah melampau batas.

Khalid kata kajian menunjukkan 14 juta rakyat negara ini guna Facebook dan ada yang membuat komen-komen yang tidak wajar di situ.

Katanya gejala ini menunjukkan rakyat negara ini kurang matang di media sosial.

“Kita juga perlu mengekang akibat daripada 'overzealousness' dalam membuat posting di media sosial boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam, kekecohan agama dan sebagainya," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment