Thursday, January 14, 2016
Bila Tak Dapat.... Bising... Salahkan Kerajaan.... Bila Dapat... Disewakan Pulak Kepada Orang Asing..
PUTRAJAYA : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya sedang mengatur
satu strategi untuk memastikan penghuni projek perumahan rakyat (PPR)
adalah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
Katanya, adalah tidak masuk akal apabila pihaknya mendapati ada warga asing yang menjadi menghuni PPR.
“Kita akan kuatkuasakan langkah untuk memastikan hanya warganegara Malaysia yang menghuni PPR.
“Ini tiada kompromi, kalau bukan warganegara kita akan suruh keluar. Ini
mandatori,”katanya ketika majlis bulanan Kementeriannya bersama warga
KPTKT di Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Rahman berkata langkah ini penting kerana masih ramai
rakyat Malaysia yang sedang menunggu giliran untuk menghuni Projek
Perumahan Rakyat.
“Kalau saya turun padang, ramai rakyat yang minta kepada saya untuk menjadi penghuni PPR.
“Jadi sebagai kerajaan yang prihatin, kita perlu pastikan hanya rakyat
Malaysia sebagai penghuni projek rakyat tersebut,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment