Thursday, January 14, 2016

Lim Guan Eng Masih Salahkan Pemerintahan Dahulu... Bangangnya CM Macam Ni

CM Lim Guan Eng bukanlah Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertanggungjawab sebagai seorang ketua kerajaan yang menerajui negeri. Dalam perjumpaan dengan NGO kelmarin, pelbagai isu pembangunan yang dibangkitkan oleh NGO tersebut termasuklah isu tambakan laut, bukit botak dan ketinggian rumah melebihi 76meter telah disuarakan.

Jawapan yang diterima oleh NGO ini amat memalukan sebagai seorang Ketua Menteri, LGE telah menyalahkan kerajaan BN sebelum 2008. Beliau sekali lagi menyatakan isu tambakan laut, kawasan tersebut telah diluluskan di bawah pentadbiran kerajaan BN dan jika mahu dihentikan kerajaan perlu membayar RM1billion pampasan kepada pemaju.

Apakah benar kerajaan negeri DAP perlu membayar pampasan tersebut? Jika benar kita rakyat mahukan bukti, bentangkan kepada rakyat perjanjian tersebut dan terma yang menyatakan kerajaan perlu membayar pampasan. Ketelusan yang dicanangkan oleh LGE perlu dibuktikan. Jika benar ianya kelulusan kerajaan BN kenapa pada April 2011 kerajaan negeri DAP sekali lagi memberi kelulusan untuk STP2 (760 ekar). Nampaknya perjanjian zaman BN terdahulu bukanlah sah selamanya dan juga bermakna ianya boleh dibatalkan, tp kenapa kerajaan DAP tak batal, sebaliknya ada share pulak sebanyak 20% dalam projek tersebut.

2. Bukit Botak: Sekali lagi LGE salahkan kerajaan persekutuan dan berkata ianya dibawah bidang kuasa Peguam Negara untuk ambil tindakan. Takkan dia sebagai Ketua Menteri apa yang berlaku dia tidak peduli, dan apa yang pasti kelulusan untuk "Rezonning" Bukit Botak sebagai kawasan perumahan diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan beliau. (rujuk surat) Jika pemaju terdahulu telah dikenakan denda RM50,000 kenapa sehingga kini kerajaan DAP membiarkan bukit tersebut ditarah dan dikorek sewenang-wenangnya sehingga dah ada jalan raya nak naik atas bukit tersebut?

3. Ketinggian rumah: Lim Guan Eng sekali lagi tegaskan bahawa kelulusan kebenaran membina rumah sehingga ketinggian 76 meter di lereng bukit adalah diluluskan oleh kerajaan BN sebelum 2008. Tetapi dalam jawapan Exco kerajaan negeri kepada Sidang DUN menunjukkan data sebanyak 55 blok bangunan rumah telah diluluskan dari tahun 2008 sehingga 2015. Jika LGE dan DAP berasa ini adalah bahaya, kenapa ketika mereka memerintah kini, ianya tidak dibatalkan dan dihalang??

Bukti-bukti ini semua menunjukkan Lim Guan Eng dan kerajaan DAP bukan cekap dan berintgeriti, sebaliknya adalah kerajaan putar belit dan pembohong. Jika beliau beriya-iya nak hapuskan GST jika PH memerintah Malaysia kenapa tak batalkan atau hapuskan apa-apa perjanjian kerajaan BN terdahulu yang menyusahkan rakyat kini. Kenapa diteruskan juga??? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment