
Thursday, January 14, 2016
1MDB Bidas Dakwaan Rafizi Berhubung Sukuk Bandar Malaysia... Rafizi Ni Memang Bangang

1Malaysia Development Bhd pada Selasa menafikan dakwaan berkaitan
program Sukuk Bandar Malaysia dan menyifatkannya sebagai ‘tidak
bertanggungjawab’ kerana hasil daripada bon Islam telah digunakan dengan
baik.
1MDB merujuk kepada kenyataan oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan,
yang mendakwa hasil daripada Sukuk Bandar Malaysia Sdn Bhd (Sukuk BMSB)
mungkin tidak digunakan dengan baik.
1mdb lg2“1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan malah,
mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan
terma Perjanjian Program Sukuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasil itu digunakan untuk membiayai sebahagian kos projek pemindahan
semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), fi pra-pembiayaan dan
perbelanjaan untuk Program Sukuk, pembiayaan akaun rizab pembiayaan
prasyarat dan sebagai modal kerja oleh 1MDB Real Estate Sdn Bhd, yang
kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd.
Rafizi Ramli dengan sengaja telah mengabaikan kenyataan terperinci yang
dikeluarkan 1MDB pada 6 Januari, yang mana tanpa ragu-ragu, menyatakan
dengan jelas bahawa ini tidak akan menjadi isu apabila beliau
membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah syarikat asing yang mungkin
terlibat dalam projek pemindahan semula PUKL, menurut kenyataan itu.
Sambil mengulangi pendiriannya 1MDB berkata, Perbadanan Perwira Hartanah
Malaysia (PPHM), anak syarikat 100 peratus Lembaga Tabung Angkatan
Tentera, adalah dan akan terus menjadi, kontraktor siap guna untuk
projek Pemindahan Semula PUKL.
PPHM telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang berkelayakan
sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan pelbagai aspek pembinaan dan
mereka akan mengekalkan kontraktor yang ditetapkan dan melaksanakan
peranan mereka secara eksklusif.
Kontraktor ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan
pembinaan akan diselia oleh pegawai berkaitan daripada Kementerian
Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
“Memandangkan pembinaan akan terus dijalankan oleh kontraktor semasa
yang diluluskan, oleh itu, tiada persoalan mengenai sebarang kesan
kepada keselamatan negara daripada penjualan oleh 1MDB bagi 60 peratus
kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia,” kata 1MDB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment