Thursday, January 14, 2016
PAS Tak Gentar DAP Letak Calon Melayu Di Kubunya
PAS tidak peduli dengan strategi DAP meletakkan Penyelaras Melayu di
beberapa kawasan campuran yang dikuasai parti Islam itu dan bakal turut
ditandingi PAS pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 nanti.
pas vs dapAntaranya termasuklah di Parlimen Hulu Langat di mana DAP
sejak awal Disember lalu telah menamakan penyelarasnya iaitu Young
Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara bagi tujuan menarik sokongan
rakyat terutama golongan muda di kawasan tersebut.
Ahli Parlimen PAS kawasan itu, Dr Che Rosli Che Mat bagaimanapun
menyifatkan usaha DAP itu hanya akan menjadi sia-sia kerana beliau yakin
bahawa rakyat masih boleh menilai dan mengetahui kekuatan parti PAS
untuk mentadbir parlimen itu.
“Saya dan PAS tak ada masalah dan tidak peduli jika mereka ingin
meletakkan calon di kawasan yang kita (PAS) tandingi sebab negara kita
adalah negara demokrasi, mereka boleh letak siapa sahaja.
“Tapi kita tahu kekuatan parti kita di kawasan yang kita tandingi
termasuklah parlimen Hulu Langat, saya tiada masalah untuk itu.
dr che rosli hulu langat“Kita tengok penilaian DAP kali ni, berapa
banyak sokongan yang akan diperoleh daripada rakyat nanti,” katanya
Terdahulu, media melaporkan Rara dilantik sebagai penyelaras DAP untuk
DUN Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat sejak 3 Disember 2015.
Lantikan itu secara dasarnya akan menjadikan Rara calon DAP untuk
bertanding di kawasan parlimen tersebut, namun beliau enggan mengesahkan
perkara itu.
Antara lain, Dr Abdul Aziz Bari dijangka dinamakan DAP sebagai calon DUN
di kawasan Ampang, Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof, sebagai penyelaras
bagi DUN Taman Templer di bawah Parlimen Selayang, Sheikh Omar Ali
sebagai calon di Johor.
Sementara Abdul Aziz Isa pula mungkin paling awal diumumkan DAP sebagai
calon kerana akan bertanding di salah sebuah kerusi DUN pada Pilihan
Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangkakan pada Mac akan datang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment