Thursday, January 14, 2016
Selangor Bakal Mendapat MB Daripada Parti DAP Selepas PRU 14?
Dalam PRU 14 nanti, DAP bakal bertanding 8 kerusi DUN PAS yang masih
tinggal dan jika DAP memenangi kesemua tambahan 8 kerusi tersebut serta
mengekalkan kerusi sediada sementara PAN pula gagal untuk mempertahankan
8 kerusi yang "dilarikan" oleh ADUN "lompat" mereka dan BN serta PKR
pula berjaya mengekalkan kerusi2 yang mereka menangi dalam PRU 13 lalu.
Katalah PAN akan berjaya mempertahankan beberapa kerusi yang "dilarikan"
dan DAP pula tak dapat merampas semua kerusi daripada PAS, Apapun DAP
akan menjadi parti paling dominan dalam DUN Selangor dan dengan DAP
mempunyai calon yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi seperti
Dr Aziz Bari, tidak kah mungkin MB Selangor akan dilantik dari kalangan
Adun Melayu daripada DAP???
Jika kita pernah mempunyai MB Melayu boneka DAP daripada PAS di Perak
siapakah yang berani jamin calon MB Melayu DAP Selangor nanti akan
memperjuangkan nasib Melayu, Islam dan keadilan buat semua?
Atau... Adakah Azmin rela berputih mata melihat jawatan MB terlepas kepada DAP?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment