Thursday, January 07, 2016
Dulu Bukan Main Kecoh.... Isu Lynas Sibuk Berdemo, Isu Bauksit Fuziah Diam?
Isu bauksit yang menjadi berita panas di kalangan penduduk Kuantan serta
Malaysia telah mencapai tahap tertinggi apabila pencemaran industri
tersebut menjejaskan perairan dan alam sekitar.
Kegagalan pihak yang memindahkan hasil bumi itu dengan selamat dari
tapak ke pelabuhan menyebabkan hampir seluruh Kuantan terjejas. Tahap
kesihatan mereka yang berada di laluan serta pinggir tapak industri ini
juga di khuatiri terjejas.
Berbeza dengan operasi Lynas Corporation Ltd yang mengeluarkan nadir
bumi, syarikat tersebut mematuhi piawaian Antarabangsa yang di tetapkan.
Walau di gasak dengan demonstrasi dangkal oleh pembangkang, Lynas
membuktikan operasi mereka selamat berbanding industri bauksit yang
memindahkan hasil bumi Pahang secara terbuka.
Fuziah Salleh, ahli Parlimen Kuantan antara individu paling sibuk berdemo dalam isu Lynas.
Walau telah berkali diberi penerangan tentang operasi Lynas serta
piawaian yang di tetapkan dalam memastikan keselamatan penduduk sekitar
Gebeng,Fuziah masih meneruskan agenda berdemonstrasi.
Demonstrasi pada membantah kewujudan Lynas bermula pada 2011 hingga 2014
ia di pelopori oleh PKR dan DAP. Di ketuai oleh Fuziah Salleh dan Cheah
Kim Hung demo tersebut mendapat sambutan hambar.
Malah mereka memaksa orang ramai turut serta dalam demonstrasi untuk
meraih simpati rakyat. Mengaburkan pandangan rakyat dengan cerita yang
tidak benar Fuziah dan sekutu cuba mempengaruhi penduduk Kuantan dengan
menakutkan mereka dengan cerita rekaan.
Tindakan Fuziah mungkin di dalangi oleh tauke yang memberi dana kepada
beliau dan DAP Jelas sekali apabila isu bauksit timbul tiada wakil DAP
mahupun Fuziah sendiri yang bersuara.
Adakah tauke yang menaja mereka turut terlibat dalam perlombongan
bauksit. Maka demikian Fuziah dan DAP tidak akan berdemonstrasi dalam
hal melibatkan bauksit untuk menjaga ‘periuk nasi’ mereka.
Dikuatkan lagi dengan ketiadaan wakil pembangkang yang menentang
pengeluaran bauksit secara tidak terancang oleh pelombong, Fuziah di
katakan menutup mulut demi tauke bauksit. Besar kemungkinan ada kalangan
dari DAP sendiri terlibat dalam industri ini.
Tiada satu kenyataan yang di keluarkan oleh Ahli Parlimen Kuantan
mengenai keluhan penduduk Kuantan apabila jalanraya serta laluan lori
bauksit merosakkan pemandangan serta jalanraya Kuantan. Ternyata Fuziah
hanya akan bersuara jika kepentingan politiknya tergugat atau DAP telah
memberi amaran kepadanya agar tidak mencampuri isu bauksit.
Fuziah pastinya tidak akan menjawap persoalan mudah ini kerana mungkin
melibatkan kepentingan pihak yang menaja Parti yang di wakilinya.
Demonstrasi tidak akan di anjurkan oleh Fuziah dan DAP apabila melibatkan perniagaan mereka.
Mengapa Fuziah dan DAP bacul dalam mewakili rakyat kali ini. Bukankah
selalu mereka laungkan bahawa PKR dan Dap juara Rakyat tetapi tidak kali
ini. Ada ‘double standard’ yang di mainkan mereka melibatkan isu
bauksit.
Pemimpin seperti Fuziah perlu disingkirkan dari mewakili Parlimen
Kuantan jika hanya memilih isu yang menguntungkan kariernya dan bukan
rakyat. Malah Dap juga perlu di sisihkan jika terlibat sama dalam
industri bauksit.
Kuantan yang kini di gelar Planet Marikh kerana warna merah bauksit
menguasai keadaan alam sekitar daerah itu dan Fuziah pula menghilangkan
diri serta tanggungjawabnya mengatasi masalah yang melanda.
Lari dari isu bauksit bukan satu langkah bijak dilakukan oleh Fuziah dan
DAP. Mereka tidak berani mengajak rakyat berdemo dalam kes Bauksit
seperti yang dilakukan dalam isu Lynas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment