Wednesday, January 06, 2016
Henti “Kong Kali Kong”.. Parti Mana Jadi Mangsa Serah Kerusi PBT, Jawatan Exco Di Selangor?
KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil,
Shahrum Datuk Mohd Sharif mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali agar tidak bermain “kong kali kong” sebaliknya
berterus terang menjelaskan berhubung kemelut pembahagian kerusi ahli
majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pakatan yang memerintah
negeri tersebut.
Jelasnya walaupun hari ini pengumuman telah dibuat bahawa Amanah
diperuntukkan lapan daripada 288 kerusi PBT tetapi persoalannya kini
adalah kerusi siapakah yang bakal dirampas demi memberi laluan kepada
parti serpihan Pas itu.
Malah soal beliau lagi telah ada angin yang bertiup kencang yang
mengatakan bahawa Pas bakal menjadi mangsa dek kerana parti itu kini
bukan lagi sekutu dengan pakatan harapan.
“Azmin
perlu menjawab perkara ini dan jangan terus bermain pusing-pusing.
Malah pemerintahan di Selangor juga masih samar-samar adakah pakatan
harapan yang berkuasa ataupun PKR selaku mentadbir masih sudi bersama
Pas.
“Apakah status Pas kini di negeri Selangor…? Kegagalan Azmin untuk
menjawab isu ini juga seakan menggambarkan bahawa ada agenda yang
tersembunyi seakan Pas bakal disingkirkan di negeri ini,” ujarnya kepada
para pemberita.
Selain itu Shahrum turut melemparkan persoalan adakah selepas ini
kerusi Exco kerajaan negeri juga akan diperuntukkan kepada Amanah dan
sekali lagi adakah kerusi Pas juga bakal menjadi mangsa.
“Bila kerusi diperuntukkan kepada Amanah maka tidak mustahil selepas
ini kerusi Exco juga akan dituntut oleh Amanah. Maka parti mana pula
yang akan dijadikan kambing hitam.
“Mana mungkin kerusi Dap diganggu-gugat kerana umum mengetahui bahawa
Dap tidak mungkin sanggup mengorbankan sebarang hak kepunyaan mereka.
Yang bakal menjadi mangsa sudah pasti PKR sendiri dan Pas yang kini
dipandang sepi,” katanya lagi.
Hari ini, pembahagian kerusi PBT selesai hasil perbincangan dalam
majlis mesyuarat kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar
sendiri.
Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan
Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah telah mengumumkan, Amanah bakal diberi
lapan kerusi namun kerusi siapakah yang akan diambil masih terus
menjadi tanda tanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment