Tuesday, January 12, 2016
Isu Kerjasama UMNO-PAS : Malulah… Kita Tak Terdesak Nak Merayu - Khairy
Pendirian PAS setakat hari ini adalah jelas.Seperti apa yang diputus
oleh Majlis Syura Ulama yakni badan penentu dasar tertinggi parti itu ia
sama sekali tidak akan menyertai Barisan Nasional.
Namun PAS yang telah bercerai kasih dengan gabungan Pakatan pembangkang
bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak,
khususnya dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan.
Dalam bahasa mudah parti itu hendak membawa haluannya secara solo dan
tidak mahu ada sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan Barisan
Nasional tetapi sedia bincang hal-hal kepentingan bersama yang berkaitan
agama dan sebagainya.
Keputusan itu dibuat Majlis Syura Ulama pada mesyuaratnya 2 Januari lalu
setelah timbul polimek terbaru mengenai kerjasama UMNO-PAS ekoran
kemunculan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden
PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang di majlis alumni pelajar Al-Azhar di
Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu.
Najib sendiri pada majlis berkenaan menghulurkan salam salitulrahim pada PAS demi perpaduan dan kesatuan ummah.
Beliau surah Al-Imran ayat 103 yang membawa maksud untuk berpegang teguh
kepada tali Allah dalam soal perpaduan agar tidak terjebak dalam
kemudaratan jika berlaku perpecahan dan perbalahan.
Sekalipun Perdana Menteri membuat kenyataan itu secara umum dan tidak
sentuh langsung soal kerjasama politik namun ada pihak-pihak yang sudah
‘geli’ dan risau terhadap kemungkinan dua parti Melayu ini berpadu.
Penyatuan Melayu dari dua parti itu sudah tentu akan banyak agenda politik pihak sebelah sana akan rosak.
Ini mendorong timbul dakwaan seolah UMNO terhegeh-hegeh hendak pancing PAS yang kini tidak ada rakan politik.
Malah ada kalangan pemimpin PAS sendiri yang buat kenyataan bernada ‘
besar kepala’ tidak mahu sebarang kaitan langsung dengan UMNO dan
mengungkit kisah-kisah lama antara dua parti itu.
Realitinya mereka yang faham politik memang tidak nampak sebarang
kemungkinan dalam situasi politik semasa PAS akan buka diri untuk
sebarang kerjasama politik dengan UMNO.
Ia dengan sendiri akan bagi peluru kepada Mat Sabu dengan gengnya dalam parti Amanah untuk mengejek dan tembak PAS.
Apa yang terbentang di depan mata sekarang,sekalipun tanpa kerjasama
politik,UMNO dan BN tetap dengan kekuatannya tersendiri dan berjaya
memenangi pilihanraya umum dan terus memerintah negara.
Ekoran polimek mengenai isu kerjasama dua parti itu,Ketua Pemuda UMNO
Khairy Jamaluddin sendiri tidak mahu partinya dilihat seolah hendak
melutut kepada PAS.
Diminta mengulas isu berkenaan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat
Exco Pemuda UMNO di PWTC petang Isnin,Menteri Belia dan Sukan itu
kata,”lemah sangat kita nak merayu orang ambil kita. Malulah. Kalau
orang tak nak kerjasama dengan kita tak payahlah kita merayu.”
Khairy menegaskan UMNO tidak begitu terdesak hingga perlu merayu kepada PAS semata-mata untuk menagih kerjasama.
Katanya UMNO ada kekuatan sendiri.
“Kalau nak bincang isu-isu besar, kalau nak ada persetujuan mengenai
pendirian dua parti politik Melayu terbesar tak ada masalah.
Tapi kalau nak merayu mereka supaya mereka ambil kita sebagai kawan dan
sebagainya tak payahlah. Kita tidak terdesak sebegitu sekali," katanya.
Sebenarnya kalau rajin merisik kalangan ahli dan pimpinan UMNO di
pelbagai peringkat ini juga menjadi pendirian kebanyakan mereka.
Mereka tidak nampak salahnya atas dasar sesama bangsa dan agama, Perdana Menteri menghulurkan salam salitulrahim pada PAS.
Bagi mereka apa salahnya kalau Presiden UMNO itu membuka diri dan menyeru pada perpaduan sesama kita.
Mana-mana pemimpin yang berjiwa besar akan begitu begitu.
Namun seruan itu tidak harus dianggap sebagai tanda kelemahan hingga perlu bergayut pada oranglain.
Dalam pada itu rata-rata terkilan dengan kenyataan beberapa pemimpin PAS yang seolah bersikap ‘ tidak maaf bagi mu’.
Sedangkan mereka baru saja melalui pengalaman buruk hubungan ‘tidor
sebantal mimpi lain-lain’ dalam Pakatan Rakyat yang tidak menjadi dengan
DAP dan PKR.
Selain itu,kini diperlekehkan oleh puak Amanah dipimpin Mat Sabu yang
mempertikaikan macam-macam mengenai PAS setelah tewas dalam pemilihan
parti dan tubuh parti baru.
“Kalau kita cakap dengan baik,namun ada yang dalam PAS masih nak ungkit
kisah lama dan cakap lebih kurang.Kita ucap all the best kepada
mereka,”kata seorang pemimpin UMNO yang tidak mahu namanya disebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment