Monday, January 25, 2016
Kegilaan Donald Trump Makin Terserlah
Calon pendahulu presiden Republikan Amerika Syarikat, Donald Trump,
berkata beliau boleh menembak seseorang dengan senjata dan masih popular
dalam kalangan penyokong setianya.
Beliau berkata demikian ketika berkempen di Sioux Center, Iowa.
"Saya mempunyai pengikut yang setia, pernahkah anda lihat? Saya boleh
berdiri di tengah 5th Avenue, tembak seseorang dan masih tidak
kehilangan pengundi," katanya.
Trump berkata demikian selepas mengecam majalah konservatif, National
Review, yang menerbitkan siri artikel menghentam jutawan New York itu.
Dua pengkritik konservatif, Glenn Beck dan Brent Bozell, yang menyokong
kuat calon presiden Ted Cruz, antara penulis yang menerbitkan siri
mengkritik Trump itu.
Trump menambah, beliau juga akan menewaskan Cruz tanpa perlu menyaman beliau.
Pungutan suara terbaharu menunjukkan, Trump mendahului dengan 30 mata di
peringkat kebangsaan berbanding pesaing beliau untuk pencalonan
Republikan.
Menurut tinjauan Reuters-Ipsos semalam, jutawan hartanah itu membenam
lawannya dengan 40.6 peratus sokongan, manakala pesaing terdekatnya,
Senator Cruz Texas, memperoleh 10.5 peratus sokongan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment