Wednesday, January 06, 2016

Mukhriz Ikut Jejak Guan Eng, Halalkan Vape Di Kedah??

Hairan dan pelik apabila kerajaan negeri Kedah mengambil langkah 'tunggu dan lihat', berkaitan kes pengharaman vape yang telah difatwakan sebagai 'haram' oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Seperti yang kita tahu, vape ataupun rokok elektronik ini difatwakan sebagai haram kerana ia menyerupai rokok yang sememangnya telah difatwakan sebagai haram, malah penggunaan vape ini juga bakal merosakkan akidah anak-anak muda Islam.

Oleh demikian, menjadi persoalan disini, mengapa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil langkah 'tunggu dan lihat' ini? Sedangkan kerajaan negeri-negeri lain sudah pun mengumumkan vape sebagai 'haram' dan kerajaan negeri terbabit tidak akan mengeluarkan lesen perniagaan kepada pengusah-pengusaha vape.

Adakah langkah yang diambil Mukhriz ini, kerana mahu mengikuti jejak kerajaan DAP Pulau Pinang yang berkemungkinan besar menghalalkan vape di negeri itu?? Jika benar Kedah bakal mengikuti jejak Pulau Pinang, ini bermakna berita baik buat pengusaha-pengusaha vape untuk meneruskan perniagaan mereka.

Selain itu, pengusaha serta penghisap rokok elektronik ini dapat hidup bebas di kedua-dua negeri terbabit jika penggunaan 'vape' dihalalkan di negeri berkenaan... Bak kata orang, mereka ini boleh lah berpesta wap air yang dihasilkan dari vape.

Berbalik kepada isu penggunaan vape ini, apa yang diharapkan rakyat di negeri Kedah khususnya umat Islam adalah, mereka amat mengharapkan Mukhriz dapat mengikut jejak langkah MB negeri Johor dan MB Negeri Sembilan yang mengharamkan rokok elektronik di negeri itu.

Jangan hanya disebabkan Muhkriz mahu menjaga hati pengusaha-pengusaha vape, yang kononnya telah mengeluarkan banyak modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Mukhriz menghalalkan perkara yang dilarang agama sepertimana bapanya, Mahathir 'menghalalkan' pramugari untuk tidak menutup aurat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment