Wednesday, January 06, 2016
Golongan Melayu Jahil Murakkab Semakin Berleluasa Di Facebook
Sudah menjadi trend baru di negara ketika ini apabila ramai
manusia-manusia jahil berlumba-lumba untuk memberi pandangan serta
pendapat di laman sosial Facebook dan sebagainya. Niat manusia-manusia
tersebut hanyalah satu, iaitu mahu Popular dan mahukan Publisiti
murahan.
Bagi individu-individu seperti itu, mereka sangat puas dan berasa Inzal
jika setiap status berupa pandangan atau pendapat mereka menerima 'Like'
dan 'Share' terbanyak didalam media sosial. Tanpa peduli status mereka
itu membawa fitnah atau tidak, individu-individu berkenaan hanya
pentingkan diri sendiri serta kepuasan peribadi sahaja.
Semalam telah Viral satu status dari seorang individu kurang kasih
sayang didalam laman Facebook. Individu yang menggunakan nama Shafawi
Danish itu menceritakan mengenai kononnya ada seorang pelajar Tingkatan
Satu di sebuah sekolah di daerah Seberang Perai yang sangat miskin dan
terbiar tanpa bantuan dari pihak tertentu dan kerajaan.
Sekeping gambar pelajar terbabit yang dimuatnaik bersama status yang
direka cipta untuk menagih simpati serta perhatian orang ramai, telah
berjaya mempopularkan individu tersebut kerana 'keprihatinan' beliau
kononnya.
Menurut individu berkenaan, pelajar tersebut lewat mendaftar di sekolah
kerana sangat miskin dan abang pelajar berkenaan yang dikatakan belajar
di Tingkatan 4 tak dapat hadir ke sekolah kerana adiknya berkongsi
pakaian serta beg sekolah yang sama. Tambah sadis lagi, duit untuk ke
sekolah pula terpaksa dipinjam dari jiran sebelah.
Akibat dari status tersebut, maka ramailah warga media sosial yang 'buta
kayu' turut sama berkongsi maki hamun yang ditujukan terhadap kerajaan
serta agensi-agensi terlibat termasuklah Pihak Zakat. Tak kurang juga
ada maki hamun yang ditujukan kepada Perdana Menteri serta isterinya
atas dakwaan menyebabkan rakyat kini merempat serta bangsat di bumi
sendiri.
Kurang dari beberapa jam selepas status berkenaan dimuatnaik dan di
viralkan oleh pengguna media sosial, pelbagai pihak termasuklah pihak
Zakat P.Pinang yang berkunjung ke rumah pelajar terbabit terkejut
apabila mendapati individu berkenaan sebenarnya menipu orang ramai.
Pelajar berkenaan sebenarnya lewat mendaftar di sekolah tersebut akibat
dari tersilap faham tentang lokasi sebenar sekolah yang patut
dihadirinya. Manakala abang pelajar berkenaan yang dikatakan belajar di
Tingkatan 4 itu sebenarnya, sudah berhenti sekolah sejak setahun lalu.
Inilah mentaliti serta perangai buruk manusia-manusia yang banyak
merayap dalam laman sosial sekarang. Kerana gila 'Like' dan mahu cepat
popular, fitnah dan penipuan dijadikan 'zikir harian'.
Untuk menambahkan lagi ke'tolol'an golongan-golongan cyber munafikun ini
semua, tak ada langsung kekesalan ditunjukkan oleh individu yang
membuat fitnah tentang pelajar berkenaan sebaliknya dia tetap
mempertahankan kononnya status tersebut dibuat kerana rasa simpati.
Ketahuilah bahawa salah tetap salah walau apapun alasan yang dicipta
untuk menutupnya. Pelbagai pihak telah terheret didalam fitnah yang
dibuat oleh individu berkenaan dan ramai netizen secara melulu
menyalahkan kerajaan dan agensi secara membuta tuli akibat dari status
palsu tersebut.
Cukupkah hanya dengan sekadar maaf secara sinis tanpa tampil menjelaskan
cerita yang sebenar?
Mungkin golongan munafikun media sosial sekarang
ini berbangga dengan saham neraka yang mereka kutip hasil dari kilang
fitnah yang dihasilkan. Inilah jadinya bila Golongan Jahil Murakkab mahu
menunjukkan bahawa dirinya bijak dan pandai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment