Wednesday, January 06, 2016

PKR Dan DAP Dah Bodohkan AMANAH???

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MAT_SABU_PARTI_AMANAH_RAKYAT_TMIAFIF_281115__4.jpg
Hidup-hidup Parti Amanah Negara (Amanah) diperbodohkan oleh parti gabungannya, PKR dan DAP. Semasa PKR dan DAP sibuk nak adakan demonstrasi, habis semua macai-macai Amanah dorang kerah tenaga untuk turut serta memeriahkan pertunjukan sarkas mereka. Tiada seorang pun dikecualikan daripada menyertai demonstrasi dan majlis mereka.

Tapi berlainan bagi demonstrasi yang diadakan oleh Amanah, iaitu #ShutdownSungaiBesi yang diadakan pada ambang tahun baru lepas. Jika dilihat demonstrasi yang dianjurkan oleh Amanah itu langsung tidak mendapat sambutan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUHyjJVA2d979fBnXUGPG11YK2YXFNKhQO2rUcXYgwO4gOYztaZy7qmonCUNhWkK5a7n3OE7wYnssqRviSn_1zFZ-rBXGnv8iWsmskccjJhxyUcI8xfUilwnauzxr3lOOVVRAelrTsncnB/s400/bully.jpg
Iya lah siapa yang nak, meroyan macam orang gila dekat tepi highway tu, haha! Disebabkan itu la, hanya ada beberapa kerat sahaja wakil PKR dan DAP yang datang turut serta dalam demontrasi tersebut, eshhhhh memalukan betul.

Hidup-hidup Amanah kena kencing dengan geng-geng ‘senior’ Pakatan Harapan nih. Konon nak jaga hati Amanah dan taknak mereka rasa macam dipergunakan, PKR hantar wakil untuk perjelaskan perkara tersebut.

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, parti PKR dan DAP bukannya tidak mahu turut serta dan menyokong memeriahkan ‘pertunjukan meroyan’ itu tetapi terlalu sibuk untuk menguruskan hal-hal lain yang lebih penting.

Haaaaa… Nampak tak?? Yang sebenarnya Amanah ni langsung tak penting pun bagi mereka. Bagaikan habis madu, sepah dibuang… Bila nak pakai je mereka kutip, bila taknak mereka buang.

Lepas tu, bagi alasan pulak, konon PKR dan DAP kurang penyertaan sebab dorang nak bagi peluang dekat Amanah untuk mencipta nama. Yela sebelum ni asyik kontroversi dengan Pas je…

Konon nak bagi Amanah berdikari la ye? Kalau nak bagi cipta nama sepatutnya semua wakil PKR dan DAP turut serta memeriahkan demostrasi tu. Buat ramai, baru la nampak demonstrasi tu berjaya dan dapat sambutan.

“Kadangkala AMANAH pun memerlukan publisiti untuk menunjukkan mereka membawakan sesuatu isu supaya orang tak nampak AMANAH bantai PAS sahaja.

“Bagi saya, tidak ada perkara pelik mengenai perkara itu. Adakala Keadilan bersendirian untuk mengadakan demostrasi.. Adakalanya Pas bersendirian.. Saya rasa tidak ada isu di dalam hal ini,” kata Tian Chua.

Boleh percaya ke kata-kata kurang berkeyakinan dari Tian Chua ni, kenyataan pun macam nak 'cover line' je. Alaaa… Mengaku jela, yang kalian sebenarnya hanya nak memperbodohkan Amanah kan?? Hahaaaa.. Kesian kan dekat Amanah! Parti yang mereka bangga-banggakan sangat tu, last-last langsung tak sokong demonstrasi yang kalian adakah. Sedihnya hidup!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment