Wednesday, January 06, 2016
Pembangkang Tidak Tahu Ekonomi, Bagaimana Nak Perintah Negara?
Kita semua tahu, yang diharapkan
pembangkang untuk menunjuk pandai dalam hal ekonomi ni hanya ada 2 saja,
Rafizi si Sotong Kering dengan Tony Pua Ka. Bila ada persoalan
kewangan dan ekonomi timbul, balik-balik muka ini jugaklah yang ditolak
ke depan sebagai yang paling hebat.
Pelbagai kelayakan dan ‘kehebatan’
tentang 2 ekor ini sering diwar warkan untuk mengatakan kenapa Pakatan
lebih baik dari BN dalam bab ekonomi. Takde track record, pembangkang
cipta track record. Rafizi sebagai contoh dilantik CEO kepada Pejabat
Penasihat Ekonomi Selangor yang diketuai Anwar. Apa hasil pun kita tak
tahu pejabat ini melainkan menghabiskan wang rakyat sebanyak RM 15 juta
(seperti mana dakwaan Faekah) sekalipun elaun Anwar hanya RM 1 sebulan.
Itulah yang dijaja sebagai hebat tu, track record cipta sendiri.
Maka tak hairanlah kenapa banyak
perkembangan kebelakangan ini menunjukkan Pakatan sebenarnya ketandusan
orang yang ada pengetahuan pasal ekonomi waima dengan adanya 2 ekor ini
pun, seterusnya mencetuskan persoalan bagaimana puak-puak ini nak
memerintah Malaysia? Negeri-negeri yang mereka perintah pun tidak ada
apa yang hebat, bajet sejak dapat kuasa sampai sekarang, semuanya
defisit.
Jika teori Rafizi konon, kalau minyak
murah barang murah ni kita dah lama tahu salah, semalam giliran
rakannya, si Tony pulak dibuktikan sebagai jahil ekonomi. Penjualan 60%
ekuiti Bandar Malaysia oleh 1MDB kepda konsortium IWC-CREC kelmarin
membuktikan bahawa dakwaan Tony selama hari ini bahawa nilai projek itu
hanya sekitar RM 4 billion bukan RM 11 billion seperti yang diunjurkan
1MDB, ternyata silap.
1MDB bukan setakat membuktikan nilai
yang Tony dakwa itu salah, bahkan mereka menjual kepada nilai yang lebih
tinggi dari yang mereka sendiri anggarkan.
Berapa nilai, berapa angka kita malas
nak ulang semula, cukup setakat rakyat tahu bahawa pembangkang tidak
ada satu clue pun tentang keadaan ekonomi negara. Takat cakap Datuk
Seri Najib tidak tahu mengurus ekonomi begitu sajalah, macam yang dia tu
tahu ekonomi sangat.
Hakikatnya, buruk-buruk yang dikatakan
tentang Najib, pelan untuk mengurangkan hutang 1MDB dah berjaya, cakap 6
bulan selesai, memang 6 bulan selesai. Ekonomi negara diunjur
berkembang sekitar 4%-5%. Apa kesannya pada rakyat? Majoriti orang
masih ada kerja lagi, kalau nak dibanding dengan 1997 dulu, macam langit
dengan bumi.
Kalau tak pasal Najib memperkenalkan
GST, tenat kewangan kerajaan kita sekarang bila penurunan harga minyak
menghilangkan hampir separuh pendapatan negara. Apa benda pun tak boleh
nak buat, nak topup data Internet mengutuk kerajaan dari telefon yang
mahal pun tak mampu nanti. Itu semua orang tak nampak tu, takkan nak
tunggu jadi macam 1997 baru nak sedar dari tidur?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment