Thursday, January 14, 2016
NGO Anti Lebuhraya Selangor : BN Dulu Nak Jugak Dengar Dan Bincang Dengan Kami... Undilah Lagi PKR Dan DAP Tu
Penduduk mendakwa Barisan Nasional (BN) lebih baik membuat perancangan
struktur pembangunan di Selangor berbanding kerajaan Pakatan Rakyat (PR)
di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ‘Say No To DASH’, Mak Khuin Weng
berkata, BN lebih bersikap adil dan mengikut prosedur undang-undang
dalam memberi penjelasan apabila menerima bantahan daripada rakyat.
NGO itu merujuk kepada bantahan terhadap pembinaan projek Lebuhraya
Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah
Alam (DASH).
“Di bawah kerajaan BN, kerajaan negeri membuat rancangan struktur negeri
pada 2002 hingga 2006.
Mereka mengadakan mesyuarat terbuka untuk
mendengar apa yang penduduk cakap dan kerajaan ketika itu memberi
penjelasan kepada penduduk melalui surat bahawa mereka telah menerima setiap aduan yang
dibuat seterusnya mengubal struktur perancangan itu semula.
“Tetapi proses itu tidak diikuti (kerajaan negeri) sekarang. Mesyuarat
dibuat secara tertutup dengan penduduk bersama syarikat lebuhraya yang
terlibat namun tidak diberi maklum balas aduan yang kita buat.
“Mereka hanya nak dengar sahaja tapi tidak memberi penjelasan,” katanya
kepada media selepas menghadiri sesi pendengaran awam penduduk bersama
Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang turut dihadiri EXCO kerajaan
negeri, Datuk Iskandar Samad di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Khuin Weng berkata pihaknya hanya mahu penjelasan
secara terperinci daripada Kerajaan Selangor berhubung pembinaan
lebuhraya berkenaan.
Katanya, sudah empat kali mereka membuat aduan namun tidak mendapat sebarang jawapan daripada kerajaan negeri.
“Kami nak ketelusan, nak surat daripada kerajaan negeri, kamu balas apa
yang kami kritik dan minta sejak 2012, sekarang sudah masuk tahun 2016,
surat masih tak dijawab,” katanya.
Seorang wakil penduduk Damansara Perdana, Fadzil Ismail berkata,
pihaknya terkejut dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang
tidak memandang serius tuntutan penduduk.
“Adakah bantahan ini tidak penting jika dibandingkan kepentingan
syarikat besar seperti Prolintas yang mendapat konsesi selama 65 tahun.
“Ramai orang tidak tahu, 65 tahun ini anak cucu mereka akan dapat
untung, tetapi penduduk yang terpaksa menangung kesan daripada pembinaan
lebuhraya ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment