Wednesday, January 06, 2016
Nur Amirah Mengaku Bersalah Di Mahkamah Beri Keterangan Palsu
Nur Amirah Atirah,remaja 14 tahun yang bikin heboh dengan cerita dia
diculik mengaku bersalah atas tuduhan beri keterangan palsu semasa di
hadapkan di Mahkamah majistret,Klang Rabu.
Sebaliknya teman lelakinya, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa di mahkamah
yang sama kerana melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah
tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan.
Nur Amirah yang ‘ hilang’ pada 27 Disember lalu berdekatan kediamannya
di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang menbuat pengakuan bersalah
depan Majistret Nor Amira Ahmad.
Kesnya yang menjadi viral di media sosial berakhir pada 31 Disember lalu
bila Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan
bagi menyelamatkannya berjaya menemui remaja itu bersama teman lelakinya
di stesen minyak di Kanchong Darat, Banting pada jam 7.45 malam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment