Wednesday, January 06, 2016
Orang Sabah Kini Sudah Pandai Buat Fitnah.. Tahniah PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya sudah mula meluaskan aspek bidang
mereka dengan mengajar budak-budak suruhan, cara memfitnah dengan gaya
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jika sebelum ini orang Sabah dilihat jarang sekali menyebarkan berita
tanpa bukti yang kukuh, tapi sekarang ini semuanya sudah berubah.
Seorang budak PKR Sabah yang menggunakan akaun twitter @adrianlimcheeen,
bertindak cemerlang dengan menyebarkan satu fitnah mengenai sebuah
asrama sekolah di Sabah.
Pada hari pertama persekolahan, anak buah PKR memfitnah asrama Sekolah
Menengah Kebangsaan Tulid di Sabah. Atas dakwaan, pihak asrama terbabit
menyediakan tilam buruk kepada penghuni asrama sekolah tersebut. Fitnah
tersebut kemudiannya menjadi viral dan buah mulut netizen di media
sosial.
Orang suruhan PKR itu kononnya, nak menghebahkan tindakan 'zalim'
sekolah tersebut kerana menyediakan tilam buruk sebagai alas tidur
pelajar. Padahal gambar yang diambil oleh salah seorang ibu bapa pelajar
terbabit, hanyalah salah faham.
Sebenarnya tilam buruk itu dikumpulkan bagi tujuan pelupusan. Tetapi
bila dapat je gambar tu kat tangan anak buah Rafizi ni, terus disebarnya
fitnah mengenai tilam tersebut. Adrian menjadi punca kepada viralnya
gambar tersebut dan tersebarnya fitnah.
Hairan jugak kita, sebelum ni rakyat Sabah memang pantang dengan
memfitnah ni. Entah pemikiran apa yang berjaya merasuk orang Sabah untuk
memfitnah ek?? Nampaknya PKR telah berjaya menjadi guru cemerlang dalam
subjek memfitnah.
Mungkin juga Adrian ini mendapat pendidikan khusus dari Rafizi, dan
tidak mustahil Fahmi Zainol adalah idola budak pengfitnah ini. Patut la
cekap sangat buat kerja, memang hobi dorang pun fitnah memfitnah ni.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment