Sunday, January 10, 2016
Pakatan Harapan Ada Kuasa Singkir Parti Ingkar
SHAH ALAM : Keanggotaan mana-mana parti sekutu pembangkang akan
digugurkan jika didapati melanggari perjanjian bersama yang
ditandatangani dalam Pakatan Harapan.
Perjanjian itu dimeterai pada Sabtu antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Menerusi fasal ketujuh perjanjian bertulis berkenaan, dinyatakan dengan
jelas bahawa parti-parti lain dalam kerjasama itu mempunyai hak untuk
membuat keputusan menggugurkan parti yang mencetuskan masalah secara
sebulat suara.
Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat berkata, fasal ketujuh
menghuraikan prinsip yang akan digunapakai untuk menentukan status
Pakatan Harapan atau mana-mana parti anggota sekiranya berlaku
pelanggaran perjanjian yang dipersetujui.
"Sebelum ini tak ada perjanjian seperti ini hingga ada parti yang nak
buat dua kerja serentak. Di satu sudut mereka kata nak perkukuhkan
pakatan, tapi dalam masa sama mereka sedang meruntuhkannya.
"Jadi kali ini, sekiranya ada sebuah parti yang bertindak melanggar
perjanjian, parti-parti lain boleh membuat keputusan untuk menentukan
status parti itu dalam Pakatan Harapan," katanya di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan dua daripada tujuh
kandungan perjanjian Pakatan Harapan pada persidangan pertama pimpinan
kesatuan itu.
Sementara itu fasal berkenaan turut menyatakan bahawa status Pakatan
Harapan sebagai sebuah muafakat politik di antara parti-partinya hanya
boleh diumumkan oleh Majlis Presiden.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment