Friday, January 08, 2016

Pakatan Harapan Lebih Utamakan Poket Mereka Daripada Kebajikan Rakyat

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/AMANAH_FUNDRAISING_DINNER_071015_TMISETH_13.JPG
Tahniah kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang, kerana mendengar keluhan rakyat negeri itu dengan menaikkan elaun ahli majlis yang tidak memainkan peranan sangat pun... Kenaikan elaun ini jelas menunjukkan, kerajaan DAP Pulau Pinang sedang berusaha menebalkan duit poket kroni-kroni Pakatan Harapan (PH).

Untuk makluman, ahli majlis PBT ini merupakan ahli-ahli pemimpin parti PH yang dilantik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan lantikan ini merupakan daripada kroni-kroni PH, kononnya untuk menjaga rakyat di kawasan masing-masing.

Walaupun rakyat sering mengeluh ekoran tersepit dengan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini, serta mengharapkan parti PH dapat membantu menyelesaikan masalah ini, namun pemimpin PH langsung tidak memandang perkara itu, sebaliknya mereka terus rakus untuk menebalkan duit poket kroni-kroni mereka.

Sebelum ini, kerajan DAP Pulau Pinang telah menaikkan gaji Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kali ini pula mereka telah menaikkan elaun tetap ahli majlis PBT sebanyak RM1,000 yang menjadikan elaun tersebut menjadi RM2,500.

Jika benar pemimpin PH berjuang untuk rakyat dan bersama rakyat, sudah pasti mereka akan membantu rakyat dengan memberikan beberapa skim bantuan, ataupun menaikkan gaji rakyat dibawah kerajaan negeri itu.

Tapi, perkara ini amat menyedihkan apabila pemimpin PH hanya berpura-pura bersama rakyat untuk meraih undi, sedangkan mereka giat menebalkan poket mereka sendiri dengan menaikkan gaji dan elaun kroni-kroni mereka.

Selain itu, walaupun Umno/Barisan Nasional (BN) sering dikutuk dan dicaci rakyat kononnya telah menyebabkan kos sara hidup meningkat, namun kerajaan sentiasa komited untuk mengurangkan tekanan ini dengan memberi beberapa skim bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Oleh demikian, apa yang diharapkan disini, rakyat dapat membuka mata dan pintu hati mereka supaya tidak tertipu dengan perjuangan pemimpin PH, kerana mereka pandai bersandiwara untuk meraih undi rakyat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment