Wednesday, January 06, 2016
Perjanjian Rasmi Pakatan Harapan Sekadar Pementasan “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”
KUALA LUMPUR : Perjanjian bersama membabitkan PKR, Dap dan
Parti Amanah Negara (AMANAH) yang akan dimeteraikan Sabtu ini oleh
ketiga-tiga parti berkenaan bolehlah disifatkan sekadar satu pementasan
“pi mai pi mai tang tu” kerana pada akhirnya nanti perjanjian hanya
tinggal perjanjian yang sedikit pun tidak memberi keuntungan kepada
rakyat.
Demikian pandangan Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Shamsol Bari
Jamali yang percaya apa jua bentuk persefahaman baru yang cuba dilakukan
parti pembangkang tidak ke mana disebabkan masing-masing ada agenda
tersendiri yang sering berlawanan.
Menurutnya lagi tidak ada benda baru yang dapat dilihat oleh rakyat
dan yang akan berubah hanyalah sekadar kulit perjanjian berkenaan
manakala isi kandungannya adalah sama sepertimana sebelum ini yang hanya
untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya semata-mata.
“Kita
percaya mereka boleh buat macam-macam perjanjian dan boleh ikat
macam-macam MoU dan sebagainya kerana semua itu tidak lebih sekadar
wayang semata-mata. Tidak ada benda yang baru pun yang dapat dilihat.
“Pi mai..pi mai tang tu juga kerana hasilnya tetap sama seperti
perjanjian atau persefahaman yang cuba dibentuk sebelum ini. Mereka ini
atas kertas sahaja ikat perjanjian itu dan ini tetapi masing-masing ada
agenda dan harapan tersendiri yang belum terlaksana, “ katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.
Dilaporkan ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam Pakatan Harapan
iaitu PKR, Dap dan Amana akan menandatangani perjanjian kerjasama rasmi
pada 9 Januari ini. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
berkata perjanjian akan menumpukan kepada tujuh prasyarat kerjasama
gabungan baru pembangkang itu.
Ia, kata Azizah, melibatkan penyelesaian pertikaian, pembahagian kerusi dan kerjasama di negeri-negeri Pakatan Harapan.
Datuk Shamsol Bari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Semarang seterusnya menambah apa yang mereka buat dan ingin laksanakan
itu mirip kepada apa yang telah dilaksanakan oleh BN namun tidak pernah
berjaya.
“Bukankah sebelum ini kita boleh tengok bagaimana keluar Buku Jingga…
macam-macam konsensus menerusi Pakatan Rakyat dan sebagainya tetapi
akhir sekali menemui jalan buntu dan seterusnya berkecai.
“Jadi rasa-rasanya yang ini pun mungkin menjurus ke arah itu. Mereka
boleh buat macam-macam tetapi percayalah rakyat akan menentukan serta
membuat penilaian terbaik demi manfaat mereka. BN telah ada ‘track
record’ menerusi gabungan pelbagai parti telah berjaya mengemudi negara
dengan baik. Kita tengoklah nanti,“ ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment