Sunday, January 10, 2016
PKR-PAS-Amanah Ikat Diri Dalam Satu Perjanjian ‘Gempak’ …
Bunyinya memang bagai guruh berdentum untuk gambarkan ikatan padu.
Soalnya bolehkah ia bertahan begitu?Ini yang menjadi tandatanya bila
mana Pakatan Harapan dianggotai PKR-DAP-Amanah,Sabtu menandatangani
perjanjian yang mengikat mereka antara lain ia tidak boleh lagi
‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ seperti yang diamalkan masa Pakatan
Rakyat PKR-DAP-PAS dulu.
Contohnya tiga parti itu tidak lagi boleh ambil sikap ‘setuju untuk
tidak setuju’ seperti isu Hudud yang dibawa PAS dulu yang ditentang DAP
atau isu pilihanraya kerajaan tempatan yang dipelopori oleh DAP tetapi
ditentang PAS.
Ada pemerhati yang melihat kemungkinan konsep terbaru Pakatan Harapan
itu indah khabar dari rupa kerana ada banyak isu melibatkan kepentingan
kaum,agama dan lain-lain yang perlu dihadapi dari masa ke semasa.Bagi
mereka ia tidak semudah cakap dan lebih kepada satu ‘ gempak ‘ politik
untuk memburu undi waktu pilihanraya.
Perhatian kini pasti bertumpu kepada kalangan pemimpin Melayu dalam PKR dan Amanah dalam menjaga kepentingan agama dan bangsa.
Bukan rahsia lagi DAP mempunyai pengaruh terbesar dalam pakatan ini
memandangkan undi bukan Melayu menjadi tunjang pakatan ini.Malah
gabungan politik dalam Barisan Nasional yang sudah lama memerintah
negara ini ada kalanya masih berpegang kepada konsep ‘ bersetuju utuk
tidak bersetuju’.
Perjanjian yang ditandatangani pada satu himpunan pimpinan pakatan di
Shah Alam ini juga menyaksikan PAS sepenuhnya OUT dari lingkungan
pakatan pembangkang itu.Hubungan PAS kini cuma wujud sebagai ‘ talian
hayat’ dalam kerajaan negeri Selangor sehingga pilihanraya umum akan
datang.
Alasan tiga parti itu mahu konsep ‘ setuju untuk tidak setuju’ tidak
lagi digunapakai dalam Pakatan Harapan bagi mengukuhkan pakatan mereka.
Sekalipun setiap parti boleh buat keputusan sendiri,namun semua
keputusan politik yang dipersetujui bersama wajib di patuhi dan parti
mana yang langgar boleh ditendang keluar.
Perjanjian Pakatan Harapan itu berasaskan tujuh prinsip ditandatangani
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Ia meliputi prinsip dalam membuat keputusan bersama, pembinaan kesatuan
politik, prinsip penyelesaian pertikaian, dasar bersama, perjalanan
pilihan raya, perjalanan kerajaan dan pembangkang dan keabsahan pakatan.
Perjanjian tersebut dibentang secara rasmi di perhimpunan itu oleh
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Organisasi Kebangsaan
DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH),
Anuar Tahir.
Anuar sewaktu pembentangan berkata, Pakatan Harapan mengakui tersilap
percaturan dalam gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini apabila tidak
meletakkan fasal yang membolehkan parti majoriti mengenakan tindakan
kepada parti minoriti dalam gabungan parti tersebut.
PH pemimpin perjanjian“Dahulu semasa PR tidak ada satu kuasa yang boleh singkirkan mana-mana parti yang melanggar (prinsip).
“Jadi dalam fasal ini, kalau kita ada tiga parti umpamanya, dan ada
salah satu parti yang telah melanggar peraturan, maka dua parti tadi
boleh buat keputusan terhadap satu parti ini. Maknanya akan pihak
majoriti boleh buat keputusan kepada parti minoriti ini tadi,” katanya.
Fasal 7 tersebut akan digunapakai untuk menentukan status gabungan baru
berkenaan atau mana-mana partinya sekiranya terdapat pelanggaran
mana-mana perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pula berkata, Pakatan
Harapan hanya akan meletakkan satu nama calon sahaja bagi mewakili
pakatan pembangkang di dalam mana-mana pilihanraya di mana-mana
peringkat pada Pilihan Raya Umum (PRU 14) nanti menerusi fasal kelima
Perjanjian Pakatan Harapan.
“Calon tersebut akan dipilih oleh parti masing-masing yang akan diberi
kepercayaan oleh Majlis Presiden untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam
pilihanraya tersebut.
“Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di
mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya boleh dibuat oleh Majlis
Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di
sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis
Presiden,” kata Loke.
Menurutnya, fasal berkenaan menetapkan bahawa sebarang pertikaian
mengenai pembahagian parti, akan dibincangkan bersama-sama ketiga-tiga
parti sebelum mana-mana keputusan dibuat.
Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September 2015 selepas persidangan meja
bulat antara parti dan NGO pro-pembangkang kecuali PAS susulan
terbubarnya kerjasama politik PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat pada
Jun 2015 selepas ditubuhkan secara rasmi pada 2009.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment