Wednesday, January 06, 2016
PTPTN Ucap Terima Kasih Kepada Peminjam Penjawat Awam
Selepas kerajaan melaksanakan potongan gaji mandatori terhadap penjawat
awam yang mempunyai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN), agensi pinjaman pendidikan itu berjaya mendapat
bayaran balik pinjaman sebanyak 20% berbanding sebelum pelaksanaan itu
dikuatkuasakan.
Justeru itu, PTPTN turut mengucapkan 'terima kasih' kepada peminjam
penjawat awam kerana 'mampu' membayar balik pinjaman pendidikan mereka
walaupun secara terpaksa demi kegunaan generasi yang seterusnya.
Apa yang menghairankan disini, sebelum pelaksanaan tersebut
dikuatkuasakan, mengapa penjawat awam tidak mampu dan liat untuk
membayar balik pinjaman PTPTN ini?? Bukankah sebarang pinjaman atau
hutang itu perlu dilangsaikan tanpa sebarang alasan???
Malah, yang lebih menghairankan ada penjawat awam yang sering
diperkatakan mempunyai kehidupan kukuh kerana mendapat banyak faedah
serta gaji yang tinggi tapi tidak mampu membayar hutang.
Mungkin mereka ini liat membayar hutang pendidikan, kerana ghairah
merasai kedudukan selesa yang dikecapi dengan membeli kereta-kereta
mewah dan rumah yang melebihi kemampuan gaji mereka.
Bukan itu sahaja, bagi penjawat awam lelaki, mereka ini sering dilihat
menukar 'sport rim' kereta seperti menukar baju manakala penjawat awam
perempuan, mereka sering dilihat membeli tudung-tudung mahal dan membeli
gelang emas untuk ditayangkan dihadapan kawan-kawan mereka.
Hairan bukan?? Itulah lumrah kehidupan penjawat awam yang kononnya
tertekan dengan pinjaman yang diberikan semasa mereka melanjutkan
pelajaran, tetapi dalam masa sama masih mampu membeli 'kemahuan' diri.
Turut menjadi persoalan disini, adakah kerajaan juga akan melaksanakan
potongan gaji ini terhadap pekerja sektor swasta??? Bukan apa, potongan
ini dilihat seperti berat sebelah pula, sedangkan ramai juga peminjam
yang bekerja di sektor swasta.
Jika pelaksanaan ini turut dikuatkuasakan kepada sektor swasta, adakah
peminjam yang bekerja di sektor swasta sudah bersedia untuk merasai
pelaksanaan ini, seperti mana yang berlaku oleh peminjam penjawat awam??
Hahaha....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment