Wednesday, January 06, 2016
Pulau Pinang Bukan Milik Dinasti 'Lim' !!
Amat mengejutkan apabila sebuah akhbar Cina melaporkan, Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk
Chew Jetty, yang membantah cadangan kerajaan negeri untuk menganjurkan
Festival Kesenian & Kebudayaan di kawasan terbabit.
Menurut laporan akhbar terbabit, Guan Eng telah melemparkan kata-kata
kesat terhadap penduduk Chew Jetty dengan mengatakan penduduk disitu
tidak mempunyai hak, untuk membantah festival terbabit diadakan kerana
tanah di kawasan itu bukan milik bapa diorang!!
Sememangnya biadap apabila Guan Eng melemparkan kata-kata begitu kepada
rakyat di bawah pemerintahannya... Walaupun kawasan yang mahu diadakan
festival anjuran kerajaan negeri itu bukan milik penduduk malah bukan
milik bapa mereka, Guan Eng tidak mempunyai hak melemparkan kata-kata
itu!!
Lagipun, Pulau Pinang bukan milik dinasti 'LIM" untuk Guan Eng bebas
melakukan apa sahaja yang diingini tanpa mengambil peduli aduan rakyat!!
Penduduk Chew Jetty membantah festival itu diadakan dikawasan mereka,
kerana meraka tidak mahu kediaman mereka terganggu dengan festival itu
dan perkara ini perlu dihormati. Guan Eng selaku Ketua Menteri tidak
sepatutnya menghamburkan kata-kata yang kurang ajar terhadap penduduk.
Guan Eng selaku pemimpin nombor 1 negeri itu, perlu mencari alternatif
lain untuk mengadakan festival terbabit, dengan mencari kawasan yang
tidak mengganggu mana-mana ketenteraman penduduk di negeri itu.
Hairan juga apabila Guan Eng tetap berkeras mahu menjalankan festival
itu di Kampung Chew Jetty.... Salahkah jika festival itu diadakan di
Padang Kota Lama mahupun di Queensbay, yang sering dijadikan tempat
untuk melakukan sebarang aktivit besar dan festival??
Rasanya, Guan Eng sengaja mahu mencari pasal dengan penduduk Chew Jetty
dan Andy tidak menolak, kemungkinan Guan Eng mempunyai niat untuk
menghalau penduduk di kawasan terbabit yang dikatakan strategik untuk
dibangunkan.
Dengan ini, adakah penduduk Chew Jetty bersedia untuk dihalau oleh
kerajaan DAP Pulau Pinang yang sememangnya telah 'aim' kampung tersebut
untuk dibangunkan?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment