Thursday, January 07, 2016

Sah!! PAN Hanya Keldai DAP Dan PKR

Selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan 8 kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor kepada Parti Amanah Negara (PAN), DAP dalam satu kenyataan menggesa PAN untuk bersyukur dengan pemberian tersebut, dan tidak meroyan untuk mendapatkan lebih kerusi PBT.

Aik... Pelik pula rasanya bila DAP mengeluarkan kenyataan begini... Adakah DAP mengeluarkan kenyataan ini sebagai tanda amaran kepada PAN, supaya tidak meroyan kerana PAN dilaporkan meminta 24 kerusi PBT di negeri itu??

Itulah... Bila ditegur kata PAN hanya keldai DAP tak mau percaya... Tengok saja permintaan kerusi PBT di Selangor, DAP pun tak mahu PAN dapat kerusi PBT lebih-lebih dan DAP juga tak mahu kerusi milik mereka dikorbankan untuk PAN.

Kalau benar DAP menghargai PAN dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), sudah pasti DAP juga memprotes keputusan Azmin yang hanya memberi 8 kerusi kepada PAN... Bukan itu saja, kalau benar DAP menghargai PAN, parti cina kiasu itu pasti mengorbankan kerusi PBT milik mereka untuk dihadiahkan kepada PAN, sebagai tanda berjaya memecah-belahkan Pas.

Tapi, lihat sajalah apa yang dilakukan DAP... Mereka hanya memberikan amaran kepada PAN, untuk bersyukur atas 8 kerusi yang diperolehi daripada jumlah 288 keseluruhan kerusi PBT Selangor.

Nampak sangat PAN hanya keldai DAP dan PKR... Lagipun, PAN bukan ada jasa apa pun dalam gabungan PH... Kalau ikutkan Azmin tu, rasanya satu kerusi PBT pun tak mahu diberikan kepada PAN.

Oleh disebabkan rasa kesian Azmin terhadap PAN yang asyik meroyan mahukan kedudukan, nak tak nak Azmin bagi juga laa 8 kerusi buat menjaga hati parti Mat Sabu tu... Kalau tak bagi langsung, karang terkubur pulak parti Mat Sabu yang kononnya parti Islam baharu tu... Hahaha

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment