Sunday, January 10, 2016
Selepas Kelantan... Selangor Jadi Hentian Kedua 'Jelajah' Presiden PAS
Dua acara yang menarik untuk disaksikan hujung minggu ini adalah
taklimat khas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin
PAS Pusat, Negeri dan wakil-wakil rakyat PAS seluruh negara berkaitan
kerjasama (taawun) dengan UMNO.
'Taawun' bahasa Arab yang membawa maksud tolong menolong tidak rasmi
untuk melakukan kebaikan... ayat yang popularnya 'li taarafu' atau
saling mengenal iaitu merapatkan silaturahim... ia berbeza dengan
tahaluf yang bermaksud kerjasama rasmi.
Pada Sabtu Haji Hadi dijadualkan akan berucap di Kota Bharu. Kubu PAS di
Malaysia di mana PAS merupakan kerajaan selepas 26 tahun sejak
pilihanraya umum 1990 lagi.
Selepas Kelantan yang mewakili negeri 'malay heartland', Haji Hadi dan
pemimpin PAS Pusat dijadualkan mengadakan pertemuan dengan 5000 jentera
pilihanraya PAS di Selangor.
Selangor merupakan negeri yang mana PAS berkongsi kerajaan dengan PKR
dan DAP dan mempunyai 13 ADUN (asal 15 sebelum dua sertai PAN).
Kekuatan jentera pilihanraya PAS di Selangor adalah yang terbaik di luar
negeri-negeri 'Malay heartland' seperti Terengganu dan Kedah.
Sebab itu adalah penting selang sehari selepas taklimat di Kelantan,
pada Ahad Haji Hadi dan rombongan barisan kepimpinan PAS mengadakan
pertemuan atau taklimat kepada ahli-ahli akar umbi PAS di Selangor.
Walaupun tidak dinamakan 'road show' atau jelajah, tapi objektif dari
dua program hujung minggu ini secara tersiratnya adalah sama, iaitu
untuk 'mengolah persetujuan'.
Dalam proses 'taawun' dengan UMNO... barisan kepimpinan PAS yang
'dibersihkan' dari kumpulan pro DAP pada Muktamar PAS Jun lalu, kini
mereka bergerak untuk menjelaskan kepada ahli peringkat bawah mengenai
apakah bentuk 'taawun' tersebut.
Bagaimanapun secara berlapik Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar
Abdul Samad berkata PAS negeri itu akan mengumpulkan jentera pilihan
rayanya Ahad ini bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Jelasnya himpunan itu nanti akan dihadiri oleh Haji Hadi dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Tujuan himpunan tersebut adalah untuk memberi taklimat tentang gerak
kerja pilihan raya terkini yang perlu dilaksanakan di semua peringkat.
"Penerangan tentang isu-isu terkini juga akan diadakan pada perhimpunan
tersebut. Pelan tindakan pilihan raya PAS Selangor juga akan dilancarkan
di perhimpunan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelasnya seramai 5,000 wakil cawangan PAS dari seluruh negeri Selangor akan hadir.
Sebelum ini, Haji Hadi dilaporkan berkata PAS bersedia bertindak sebagai
penasihat bagi membantu kerajaan mentadbir negara dengan sebaik-baiknya
demi kepentingan rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment