Wednesday, January 06, 2016

Sepatutnya.. Ibu Bapa DIHARAMKAN Tunggu Anak Di Sekolah

Tentu kita semua pernah tengok cerita Anakku Sazali lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee kann? Dalam filem tu, Sazali rosak akhlaknya kerana terlampau dimanjakan dan juga di beri muka oleh ayahnya. Dan Sazali menjadi manusia munafik dan tak berguna sebab ayahnya Hassan langsung tak berusaha untuk mendisiplinkannya.

Hasil dari filem tersebut, ramai ibubapa ketika itu yang buka mata dan berhati-hati didalam mendidik anak. Itulah hebatnya Seniman Agung Negara.., berpuluh tahun dulu lagi Allahyarham dah ceritakan bagaimana rosaknya anak-anak kita kalau terlampau dimanjakan.

Anak-anak rosak akhlaknya bukan sekadar kerana terlebih dimanjakan.., tapi anak-anak juga akan hancur budi pekertinya jika ibubapa terlampau bodoh sombong mendidik anak didalam kehidupan seharian.

Zaman sekarang, ramai ibubapa yang sangat GAGAL dalam menguasai "parenting skill" ataupun kemahiran kekeluargaan. Semuanya berpunca dari sikap terlampau manjakan anak dan bodoh sombong pula apabila ada pihak lain yang mahu membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai manusia berguna.

Trend zaman kini.., tengok kawan-kawan sebaya semua sudah berkahwin, mereka pun tergedik-gedik nak kahwin jugak.. Tapi realitinya, kebanyakan pasangan yang berkahwin dizaman sekarang ini langsung tak tahu bagaimana cara untuk menjaga serta mendidik anak-anak supaya menjadi MANUSIA berguna.

Mungkin golongan 'buta kayu' itu tak menyedari bahawa sebuah perkahwinan itu sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Manakala soal mendidik anak-anak agar mempunyai akhlak yang terpuji itu bukan sahaja dituntut dalam masyarakat, malah ia juga dituntut didalam agama.

Lihat sendiri gambar diatas.., apabila anak-anak disuruh duduk diatas lantai ketika perhimpunan sekolah, ada pula ibubapa yang meroyan dan melalak didalam media sosial. Duduk atas lantai saja pun.., bukannya duduk atas tahi.., takkan itu pun nak bising? Tapi inilah mentaliti kebanyakan ibubapa zaman sekarang..

Bayangkan pula jika anak-anak murid tersebut disuruh berdiri sepanjang waktu perhimpunan.., tak mustahil para guru akan dituduh pula sebagai zalim serta tak berperikemanusiaan. Bagi ibubapa yang mampu berfikir, adalah lebih baik anak-anak tersebut duduk daripada dipaksa berdiri.. Tapi itulah.., bukan semua ibubapa yang waras di zaman ini..

Jadi.., tak hairanlah anak-anak zaman sekarang ini makin liar dan tak tahu nak hormat pada orang lain.. Puncanya tak lain dan tak bukan adalah dari perangai 'tiga suku' ibu bapa yang ada penyakit meroyan tak tentu hala.. Bak kata orang-orang tua.., mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. Maka itulah yang terjadi pada anak-anak muda kini..

Dulu.., menjadi kebiasaan anak-anak murid didenda dan dirotan selepas didapati menyalahi peraturan sekolah ataupun melanggar disiplin.. Hasil disiplin tersebutlah mereka-mereka itu mampu berdikari dan menjadi manusia 'tulen' sekarang.. Tapi zaman ini mana boleh dahh..., mampus cikgu kena serang dengan ibu bapa kalau anak-anak mereka dipukul dan juga didenda..

Makin melampau lagi.., sekarang ni ada pulak yang anggap anak-anak murid tak boleh duduk atas lantai dengan alasan kotor dan najis.. Satu hari nanti.., jangan terkejut para cikgu pula yang kena tunduk hormat pada anak murid demi menjaga hati ibubapa yang terlampau sengal dan poyo seperti diatas..

Mungkin sudah sampai masanya untuk pihak Kementerian Pendidikan buat arahan supaya ibubapa dilarang tunggu anak-anak semasa awal musim persekolahan.. Dah tunggu pun melalak komplen sana sini.., elok halau saja balik.. Biar cikgu-cikgu saja uruskan hal persekolahan.., lagi senang!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment