Wednesday, January 06, 2016
Terbaiklah..... Tahu Pun Takut... ADUN Kemasik Pergi Ke Rumah Wanita Marah Pegawainya Di FB
KEMAMAN : Seorang wanita yang meluahkan perasaan tidak puas hati ketika
berurusan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan
Kemasik di facebooknya mungkin tidak menyangka bahawa dia akan didatangi
wakil rakyat kawasan itu sendiri, Ir Rosli Othman semalam.
Kunjungan itu bagaimanapun hanya disambut suami wanita berkenaan kerana beliau dikatakan tidak mahu keluar berjumpa Ir Rosli.
Menurut sumber, kunjungan Ir Rosli itu bertujuan bagi mendapatkan
gambaran sebenar apakah isu yang menyebabkan wanita berkenaan tidak
berpuas hati apabila menulis dengan bahasa yang agak keras di
facebooknya.
“YB juga bawa bersama pegawai Pusat Khidmat DUN kerana mahukan masalah
itu diselesaikan, namun hasrat itu sedikit terbantut kerana wanita
berkenaan tidak keluar menemui YB dan pegawainya.
“Bagaimanapun suami wanita berkenaan telah memohon maaf kepada YB bagi
pihak isterinya mengenai kejadian tersebut,” kata sumber itu.
Tindakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu telah mendapat pujian
banyak pihak kerana beliau telah mengambil langkah segera dan berani
dalam menangani masalah yang berlaku.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment