Wednesday, September 05, 2012

Pengurusan Sampah Hancur Punca Banjir Kilat di Serdang


5 September 2012

banjirserdang

SELAMA menggunakan lebuhraya PLUS laluan Kajang-UPM (Serdang), tidak pernah sama sekali penulis melihat jalan tersebut di tutup keseluruhannya kerana banjir kilat.  Paling tidak pun sebelah laluan UPM-Sg Besi dimana 2 lorong ditutup kerana dinaiki air (lorong tengah dan kiri), lorong kanan masih boleh digunakan.
Keadaan ini disebabkan keadaan muka bumi disitu yang landai, memudahkan air bertakung, tambahan pulak ada limpahan dari kolam air UPM yang terletak bersebelahan.  Bagaimanapun ia jarang-jarang berlaku, hanya bila hujan terlalu lebat.

Tapi petang semalam, sesuatu yang tidak dijangka berlaku bila kawasan tersebut digenangi air dikedua-dua arah.  Penulis tidak pernah ingat bila kali terakhir nampak laluan menghala ke selatan ditutup kerana banjir kilat disitu, rasanya tidak pernah, semalam adalah kali pertama!!

Untuk makluman, penulis dah guna laluan tersebut sejak 1994, zaman-zaman polis masih boleh buat road block atas highway lagi tau, nak tahu lama tak lama.

Jadi apa punca sehingga menyebabkan keadaan yang begitu teruk seperti semalam, khabarnya kenderaan yang sudah masuk ke atas lebuhraya terpaksa pusing semula ke Kuala Lumpur (yang menghala ke Selatan) dan vice versa.

Begitu juga dengan beberapa kawasan lain sekitar Serdang yang turut ditenggelami air melebihi 1 meter!!
Penulis dapat banyak maklumat bahawa kejadian itu  ada kaitan dengan kegagalan sistem pengurusan sampah di negeri Selangor yang diambil alih Pakatan haram dari Alam Flora awal tahun dulu.  Kajang, Serdang ini bukan kawasan dalam negeri Selangor ke?

Bagi penduduk Selangor yang perasan, lori-lori sampah baru yang dibeli Ronnie Liu dengan harga berjuta-juta ringgit dulu sudah jarang kelihatan di banyak kawasan yang diperuntukkan lori tersebut seperti di Ampang dan Subang Jaya.


Kebanyakkan lori mengangkut sampah yang sedang beroperasi sekarang ialah lori 1 tan yang biasa, bukan compactor yang memang direka bentuk untuk tugas-tugas sempama ini.  Lori ini hanya kutip sampah yang dalam plastik sampah sahaja, yang berterabur tu, nasiblah.


Persolannya sekarang, dah kemana lori-lori tu semua?  Banyak dulu tu, 50 buah kesemuanya dengan harga berpuluh juta ringgit.  Bukan sikit duit rakyat yang keluar tu?

Belum lagi penulis sebut sampah yang dikutip itu pun dicampak masuk sungai - punca utama kebanyakkan banjir kilat bila sistem perparitan tersumbat.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

"Budak Punggong" Adalah Contoh Akhlak Muda Asuhan PR


4 September 2012

budak_berak


UMURNYA baru 19 tahun, kalau difikir-fikirkan, selain buat anak, apalah yang budak baya-baya ini tahu pasal hidup, pasal politik, pasal sejarah negara dan sebagainya?

Bila dia memilih tunjuk punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan isteri, dia lupa yang kedua orang yang dihinakannya itu bukan sahaja pemimpin dan isteri pemimpin negara, tapi manusia biasa, ibu dan ayah dalam masa yang sama juga.

Apakah budak ini ingat manusia biasa macam Najib dan Rosmah serta keluarga mereka tidak ada perasaan bila diperlakukan sebegitu?  Kalau gambar mak dan bapak dia orang buat macam tu apa rasa?

Kita tahu, budak ini sebenarnya lebih kepada menjadi pengikut apa orang yang sebayanya suka nak buat.  Dia mungkin tidak ada kelebihan lain yang menjadikannya istimewa di kalangan rakan-rakannya, melainkan berani buat benda-benda bodoh.

Budak ini dan budak-budak sepertinya yang dihantar untuk belajar tapi membuang masa berdemo kerana termakan pengaruh Anwar dan Pakatan haram, adalah contoh generasi muda yang bakal dilahirkan gabungan PAS, DAP dan PKR yang menjadikan politik kebencian sebagai modal untuk melawan kerajaan BN.

Pemilihan ‘punggong’ itu pada penulis bukan satu kesilapan moral yang tidak disengajakan tapi memang selari dengan pemimpin pujaannya, Anwar yang juga peliwat dan penzina (ada video).

Sudah tentulah dalam hal-hal macam ini pemimpin PAS, DAP dan PKR haram taknak mengaku mereka terlibat, sekarang pun tak seekor dari pemimpin puak haram ini yang nak komen perbuatan yang terhasil dari politik kebencian yang mereka semai selama ini.

Sebab itu sekarang mereka lebih sibuk hal bendera - dengan yang itupun berpecah juga.  Dari 3 parti, 2 bangkang (PAS dan DAP), manakala PKR menyokong (tak langsung).


Tapi penglibatan mereka itu kemudian, bila kita lihat peguam yang dilantik untuk mempertahankan budak ini nanti, yang mana penulis yakin sudah tentu terdiri dari inner circle mereka juga.  Kos peguam itu pun Pakatan juga tanggung – macam biasalah.

Masa itu dia nak nafi macam mana?

Buat budak ini, eloklah ditahan dalam lokap semalam dua, biar dirasanya apa akibat jadi anjing suruhan PAS, PKR dan DAP.  Penulis tak kisah kalau dia jadi anjing kepada PKR dan DAP, penulis lebih kesal kalau dia jadi anjing kepada PAS sebab PAS itu memang dah anjing Pakatan dah!!!

Pendek kata, budak ini adalah anjing kepada anjing yang lain.

Tapi sementara anjing ini masuk lokap, kita semua perlu insaf dengan taktik politik Pakatan haram ini, mempergunakan budak-budak mentah untuk menjayakan kerja kotor politik mereka.

Hari ini belum jadi kerajaan dah asuh budak-budak buat benda tak elok, bakar perasaan dan semai kebencian, besok kalau dah jadi kerajaan?Semoga Allah swt selamatkan Malaysia dari puak-puak ini.

p/s:  Maaflah kalau penulis gelar budak ini anjing tapi anjing saja yang ikut arahan tuannya tanpa berfikir buruk baik di sebalik arahan tersebut.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Faekah Tinggal Nyawa-Nyawa Ikan Dibelasah Istana & Dr Khir


4 September 2012

faekah

Terlalu pedih! Memang perit dan sememangnya sangat memalukan! Itulah yang boleh saya katakan sekiranya saya di tempat Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang “dikantoi”kan menipu rakyat mengenai sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.

Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelumnya diselar oleh para pemimpin UMNO/BN atas kebiadapan mereka tidak menjemput atau memaklumkan DYMM Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan tersebut.

Bagaimanapun, mungkin mahu membela “boss”nya, Faekah yang didesak meletakkan jawatan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Baginda Tuanku tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka sebelum ini di zaman UMNO/BN.

Malah kononnya dia memberitahu media bahawa kerajaan UMNO/BN sebelum ini tidak pernah menjemput DYMM Sultan Selangor ke masjlis sambutan tahunan itu.

Mungkin dilahirkan sebagai “penipu tegar”, dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan kepada media bahawa Baginda Tuanku pernah menghadiri majlis sambutan ambang merdeka ketika pentadbiran UMNO/BN.

Menurut beliau, pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sentiasa dimaklumkan oleh Kerajaan UMNO/BN walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada Baginda Sultan.

Malah Datuk Mohamad Munir Bani turut memberitahu bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor dan sebaliknya menjemput Anwar Ibrahim yang diberi slot ucapan khas pada malam tersebut.

Lebih teruk lagi, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor itu menjelaskan bahawa Baginda Tuanku “tidak gembira” berkenaan hal ini..!

Mana lagi Faekah nak tunjuk muka apabila mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa menjemput dan memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor mengenai sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun.

Menurutnya, sama ada secara lisan atau rasmi, Baginda Tuanku pasti akan dijemput atau dimaklumkan mengenainya, dan sama ada DYMM Sultan Selangor sudi mencemar duli menyertai program tersebut adalah terletak di bawah budi bicara Baginda.

Lebih pedih lagi apabila Dr. Khir sempat menyindir Faekah dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk memohon ampun dari DYMM Sultan Selangor atas kesalahan diri sendiri berbanding terus menerus menyalahkan pihak lain!

Paling menarik, kedua-dua pihak sama ada pihak Istana mahupun Dr. Khir mempersoalkan “keistimewaan” Anwar di majlis berkenaan.

Pihak Istana mempersoalkan jasa dan sumbangan Anwar di Selangor memandangkan dia merupakan Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, manakala Dr. Khir pula mempertikaikan status Anwar sebagai “tetamu khas” yang sepatutnya diberikan kepada DYMM Sultan Selangor sahaja.

Rasanya, Faekah sudah tidak punya jalan lagi untuk memutar belitkan keadaan. Segalanya sudah tersimpul mati dan Faekah berhadapan dengan perkara yang sangat memalukan dirinya seumur hidup.
Bayangkan, dia begitu yakin menghentam para pemimpin UMNO/BN, tiba-tiba hujahnya itu dimatikan oleh pihak-pihak yang tidak mampu dilawan langsung olehnya. Rasanya, Khalid “Gagap” sendiri pun tak mampu melindungi Faekah lagi…

Mungkin selepas Faekah meminta maaf atas penipuannya itu, maka dia perlu meletak jawatan serta merta. Dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka mungkin dia akan terpaksa menebalkan mukanya setiap kali berhadapan dengan mana-mana pihak, terutamanya media dan rakyat Selangor.

Dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit MB, Faekah dengan sendirinya akan memenuhi permintaan ramai, termasuk para pemimpin Pakatan Haram Selangor sendiri yang sudah lama meluat dengan lagak kuasanya yang “lebih sudu dari kuah”.

Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Faekah selepas dia meletakkan jawatan kelak. Kalau Anwar mahu jadi “guru” selepas PRU ke-13 nanti, Faekah nak pilih profesyen apa sebagai pilihan lepas meletak jawatan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Baling Kasut Pada Anwar dan Mahfuz, Bukannya Masjid !


4 September 2012
anwar baling kasut

Pada 2 Ogos baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah datang ke Kedah bagi menyampaikan “amanat terakhir”nya sebelum bersara dari politik dan bertukar profesyen sebagai guru selepas PRU ke-13 nanti.

Pada waktu maghrib di hari itu, Anwar telah di bawa ke Masjid Al-Husin di Seberang Pumpong, Alor Setar untuk bersolat di situ dan kemudiaannya menyampaikan “tazkirah” kepada jemaah yang hadir bersamanya.
Ketika “lelaki Y” itu sedang memberi tazkirah, muncul satu kumpulan pemuda yang menyerang majlis tazkirah yang diadakan di dalam masjid berkenaan dan meminta agar “papa Nurul Izzah” yang “hebat” itu berhenti dari menyesatkan ahli qariah masjid.

Bagaimanapun, Anwar berdegil dan terus menyampaikan tazkirahnya di dalam masjid sambil dikawal selia oleh balacinya, Naib Presiden PAS yang paling bodoh dalam sejarah, Mahfuz Omar.

Akibat kedegilan Anwar itu, kumpulan tersebut bertindak membaling kasut ke arah Anwar dan Mahfuz sehingga menyebabkan Ketua Umum PKR itu terpaksa menghentikan tazkirahnya serta-merta selepas itu.
Setelah Anwar berhenti, kumpulan pemuda tersebut beredar dari masjid berkenaan dalam suasana aman dan baik.

Mungkin berang dengan tindakan kumpulan tersebut, Mahfuz marah-marah dan menuduh kumpulan anak-anak muda itu “tidak menghormati majlis agama” dengan “menyerang masjid” berkenaan.

Peliknya, Mahfuz dengan yakin dan tanpa berfikir dengan akal yang waras memberitahu bahawa imam masjid itu telah memberikan kebenarang kepada Mazfuz untuk menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan.
Saya ingin bertanya kepada Mahfuz Omar, apakah Anwar Ibrahim telah diiktiraf dan diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk menyampaikan tazkirah agama di dalam masjid yang terletak di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan?

Rasanya, tiada sebuah negeri pun di dalam negara ini yang memberi tauliah kepada “lelaki Omega” itu untuk menyampaikan tazkirah dan sebagaimana maklum seseorang itu perlu mendapatkan tauliah majlis agama Islam sebelum melakukan aktiviti agama di dalam masjid.

Dalam hal ini, tindakan Anwar menyampaikan tazkirah tanpa tauliah adalah salah sama sekali dan sewajarnya perlu ditegah sebelum “tazkirah”nya itu akan menyesatkan para jemaah dan ahli qariah di kawasan tersebut.
Kalau nak beri tazkirah sekalipun, Anwar patut hormati bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri dan menyampaikan tazkirahnya di luar masjid. Itu yang sepatutnya.

Lagipun, Anwar bukannya seorang yang “ahli” tentang Islam dan dia lebih mahir tentang selok belok “doll-doll” yang dilanggan serta berpengetahuan luas tentang dunia Yahudi yang perlu “dibodeknya” bagi mendapatkan dana politik.

Mahfuz marah dibaling dengan kasut? Mengapa Mahfuz perlu marah jika sememangnya dia layak dibaling kasut begitu?

Balaci Anwar seperti Mahfuz perlu diajar begitu supaya dia sedar bahawa dirinya itu begitu hina untuk mencemarkan rumah Allah dengan agenda politik jijik yang dibawa oleh “lelaki Y” yang begitu aktif menodai ramai mangsa!

Mahfuz menuduh anak-anak muda itu menyerang masjid? Siapa yang menyerang masjid? Masjid itu sudah berpuluh tahun terbina di situ dan tidak pernah diserang oleh sesiapa pun sebelum ini.

Namun mengapa anak-anak muda tersebut tiba-tiba menyerang “individu-individu” yang ada di dalamnya?
Berkenaan dengan Imam Masjid berkenaan yang kononnya membenarkan Anwar menyampaikan tazkirah, apakah Mahfuz sedar bahawa Imam tersebut tidak diberi kuasa untuk menentukan hal menyampaikan tazkirah kepada mana-mana individu tanpa tauliah dari Majli Agama Islam Kedah?

Lagi pun, nnak-anak muda itu jelas menyerang “syaitan yang bertopengkan manusia” yang mencemarkan masjid di qariah berkenaan.

Salahkah mereka menghalau “syaitan” dari terus mengotorkan rumah Allah SWT itu? Mereka baling kasut pada Mahfuz dan Anwar, bukan pada masjid! Mereka baling kasut pada “syaitan”, bukan pada masjid…kan?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Dari "Sang Saka Malaya" Lebih Baik "Sang Saka Bangsa" !


3 September 2012

wanted-6-300x143

Agak melucukan membaca penjelasan pencacai Pakatan Haram yang terkial-kial menghalalkan tindakan mereka mengibarkan bendera “Sang Saka Malaya” pada malam merdeka yang lalu apabila menyedari pihak polis mula memburu mereka.

Dalam hujah bodoh budak-budak tak cukup akal itu, bendera tersebut yang digunakan oleh Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dikibarkan sebagai menghargai sejarah perjuangan parti itu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Mereka turut menyiarkan beberapa fakta sejarah yang kononnya mampu menjustifikasikan perbuatan mereka mengibarkan “Sang Saka Malaya”.

Persoalannya, apakah anak-anak muda yang jelas menyokong perjuangan Pakatan Haram ini sedar dan faham tentang perbandingan di antara bendera sebuah negara dan bendera sebuah parti?

Hari kemerdekaan merupakan sambutan hari yang mendaulatkan sesebuah negara yang membebaskan diri dari sebarang bentuk penjajahan asing di mana negara tersebut ditadbir oleh anak-anak tempatan itu sendiri.
Dalam ertikata lain, ia bukanlah sebuah perayaan atau hari yang meraikan sesebuah parti . Jadi apakah wajar kita kibarkan bendera PKMM yang pernah diresapi semangat komunisme di dalam parti itu suatu ketika dahulu?

Sekiranya benar anak-anak muda Pakatan Haram itu mahu meraikan dan menghargai parti yang berjasa besar memerdekakan Tanah Melayu, mengapa mereka tidak kibarkan saja bendera UMNO yang bergelar “Sang Saka Bangsa”?

UMNO merupakan sebuah parti utama yang berperanan paling besar dalam usaha memerdekakan negara ini dari penjajah British. Malah lebih utama, UMNO berjaya memerdekakan negara ini tanpa sebarang pertumpahan darah!


Jadi, mengapa anak-anak muda tersebut tidak mengibarkan Sang Saka Bangsa? Atau mereka tidak berbuat demikian kerana takutkan kemurkaan “mentor” mereka yang bernama Anwar Ibrahim?

Meskipun UMNO berjasa besar memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, UMNO tidak mengada-ngada pun mengibarkan bendera itu pada malam ambang Merdeka meskipun layak berbuat demikian. UMNO matang dan tidak terhegeh-hegeh seperti pencacai-pencacai yang dipercayai dari UniSel itu…

Dalam hujah mereka juga, mereka menyatakan bahawa mereka tidak bermaksud untuk menukar Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya.

Jadi apa pula maksudnya dengan risalah yang mengatakan “no” kepada Jalur Gemilang dan “change!” di atas Sang Saka Malaya? Apakah mereka fikir rakyat Malaysia begitu bodoh seperti mereka?
Jelas di atas risalah tersebut menyatakan bahawa “this flag must go” di atas Jalur Gemilang dan kemudiaannya perkataan “change!” di atas Sang Saka Malaya. Anak-anak muda ini ingat kita semua tak pergi sekolah?

Justeru itu, rasanya budak-budak muda ini tidak perlulah menjelaskan lagi tentang tindakan buruk mereka pada malam merdeka itu memandangkan tindakan itu hanya akan diludah saja oleh rakyat yang cintakan negara.

Tidakkah mereka tahu tentang erti kemerdekaan sebuah negara yang bernama Malaysia dan apakah mereka cuba mencari publisiti murahan dengan mengibarkan bendera parti PKMM? Apakah mereka fikir rakyat Malaysia “buta” seperti mereka?

Tidak perlulah menegakkan benang yang basah lagi dan tunggulah saja kehadiran pihak berkuasa yang akan berada di depan pintu rumah atau asrama masing-masing untuk dibawa ke balai bagi membantu siasatan.
Ingatlah bahawa anak-anak muda itu “bijak pandai” dan “tahu berfikir dengan baik”. Jadi mereka perlulah bersedia dan bertanggungjawab atas tindakan “bijak” mereka itu memandangkan ia bertentangan dengan undang-undang negara.

Bila bertentangan dengan undang-undang, maka bersedialah untuk berhadapan dengan pihak PDRM. Tapi jangan pula menyalahkan pihak berkuasa itu. Lepas buat salah, belajar-belajarlah bertanggungjawab dan lain kali berfikirlah dulu sebelum ikut telunjuk Pakatan Haram!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Malam Himpunan Janji Palsu !


3 September 2012

Janji Bersih - Bendera PAS

Pada 27 Ogos, penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang bertemakan Janji Bersih melalui wakilnya Maria Chin Abdullah telah membuat kenyataan rasmi, “Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja”.

Selanjutnya kata Maria Chin lagi, “pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.”

Itu janji mereka, janji yang ditaburi untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan rakyat.
Hakikatnya, apa yang berlaku pada sejak awal malam 30 Ogos hingga pagi dinihari 31 Ogos 2012 langsung 
tidak menepati apa yang telah mereka janjikan.


Peserta perhimpunan Janji Bersih bukan sahaja tidak bersurai selepas detik 12 tengah malam malah sehingga jam hampir 2.00 pagi 31 Ogos sebahagian besar mereka masih bersorak-sorak di tepi-tepi jalan bertentangan Dataran Merdeka dan bangunan DBKL sehingga mengakibatkan kesesakan lalulintas.

Beberapa ketika sebelum itu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dibiarkan sahaja menyampaikan ucapan di perkarangan bangunan DBKL sedangkan janji awalnya hanya A.Samad Said sahaja yang akan membacakan puisi.



Kelihatan juga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang juga penulis politik, Hishamudin Rais memberi ucapan di selang seli dengan laungan reformasi dari penyokong pembangkang yang mendominasi himpunan tersebut.

Entah apa kaitan laungan tersebut dengan sambutan ambang merdeka kita pun tak tahu tapi ia semakin galak kedengaran sejak Mat Sabu diiringi ke perkarangan bangunan DBKL bersahut-sahutan dengan pekik lolong “hancur,hancur” dan “hidup, hidup, hidup rakyat”.

Nampak sangat sambutan ambang merdeka di malam itu bukan lagi bertujuan untuk meraikan kemerdekaan negara tapi lebih kepada untuk menjayakan kempen politik pembangkang. Orang ramai yang datang khusus untuk menyambut malam merdeka jadi kebingungan.



Paling jelik bila melihat bendera PAS dan PKR dikibarkan pada malam tersebut oleh geng-geng pemuda kuning, mengesahkan lagi himpunan tersebut sejak awal lagi bermotifkan politik kepartian semata-mata.

Walhal sejak berminggu lalu, puak pembangkang agak bising mempertikaikan tema “janji Ditepati” yang menjadi pilihan sempena sambutan kemerdekaan tahun ini. Kata mereka tema tersebut bermotifkan politik dan mencemar kemeriahan hari kemerdekaan negara yang ke-55 tahun.

Tapi apa yang berlaku pada malam Himpunan Janji Demokrasi yang bertemakan Janji Bersih bukan sahaja sudah terbukti mencemari malam sambutan kemerdekaan tanahair tapi turut cuba mengubah sejarah kebanggaan panji negara apabila segelintir peserta mereka sengaja mengibarkan bendera lain ciptaan anak buah Anwar Ibrahim.

Tidak syak lagi, program malam tersebut yang dianjurkan oleh NGO proksi pro pembangkang sekali lagi membuktikan mereka hanya pandai berjanji tapi senantiasa liat untuk menepati janji, selayaknya malam tersebut digelar Himpunan Janji Palsu kerana itu lagi bersesuaian dengan tabie mereka sejak dulu-dulu lagi.

Baru jadi pembangkang yang memiliki sedikit kuasa di beberapa negeri sudah besar kepala dan pandai memungkiri janji. Patutlah rata-rata kalangan mereka cukup anti dengan tema “Janji Ditepati”.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Lindungi Pengkhianat, Pakatan Dah Buka Langkah


6 September 2012

pdrm21



PEREMPUAN baju merah yang dengan kurang ajarnya memijak gambar Perdana Menteri dan isteri tempoh hari khabarnya dah ditangkap di Johor, menyerah diri setelah gambarnya bertebaran di seluruh negara.

Umurnya baru 19 tahun rupanya, belum pun layak mengundi.  Budak punggong itu hari pun 19 tahun juga, apa umur 19 tahun ni senang jadi bodoh dan dibodohkan ke?

Anyway, seperti yang sudah dijangka, bila melibatkan kaum cina yang terkantoi buat benda tak senonoh, komponen Pakatan Rakyat akan datang membantu dengan menghantar peguam dari kalangan mereka – dalam kes ini Norman Fernandez yang juga Timbalan Pengerusi komponen Pakatan Rakyat di Johor.

Kata Norman, budak itu bukan ahli komponen Pakatan Rakyat, cuma datang mintak tolong kepada parti tersebut, yelah, kita percayalah.  Pakatan haram ini cakap apa kita mesti percaya, nak-nak yang latar belakang loyer, faham-faham sudah.

Part dia kata “mintak tolong” itupun kita kena percaya juga.

Cuma lepas ni sama-sama kita nantikan alasan putar belit lawyer Pakatan Rakyat yang keluar dari mulut budak ini.  Kenapa dia buat apa yang dia sudah buat pada malam itu?  ‘Budak Punggong’ tu seperti dipetik sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyebut, dia sendiri pun tak tahu kenapa dia tunjuk punggong pada gambar Najib!!

Kalau ada alasan bodoh of the year, inilah dia pemenangnya, lawyer Pakatan mana suruh dia cakap macam itupun, kita sedang menunggu.

Agak budak model cina ini nak cakap apa pulak? Dia mabuk, dia dipaksa, dia terpaksa, takde niat, nak popular dengan jadi bodoh atau yang mana satu?

Ini memang menarik sebab pakar manipulasi undang-undang Pakatan haram ini cukup bijak membelit.  Dalam kes Rafizi contohnya, terang-terang dia dedah dokumen perbankan NFC dalam sidang media, ada videonya, ada dokumennya, yang tukang bawak keluar dokumen pun ada tapi masuk Mahkamah, dia boleh tak mengaku!!

Semuanya sebab kebolehan lawyer Pakatan haram yang tidak terfikir dek sesiapa.

Undang-undang negara ini nampaknya bukan lagi digunakan untuk menegakkan keadilan tapi digunakan oleh puak-puak manipulator undang-undang ini untuk berpolitik dan melepaskan pelanggan mereka, tidak kira apa.

Penulis sebenarnya masih tidak pasti hukuman sekeras macam mana yang boleh dikenakan ke atas budak ini. Kalau ikut hati penulis, biar dia masuk penjara lama sikit, lagi lama lagi bagus.

Tapi dengan Mahkamah kita hari ini, prestasi pejabat AG dan para manipulator undang-undang dari Pakatan Rakyat ini, susah sikit nak cakap.  Rogol budak bawah umur yang dulu confirm penjara dan sebatan pun, boleh lepas dengan bon berkelakuan baik.

Liwat jantan, DNA siap jumpa dalam dubor pun boleh lepas hanya sebab hakim rasa ‘tak selamat’ nak sabitkan hukum (tapi ‘selamat’ pulak nak suruh dia membela diri).

Apa pun penulis haram Peguam Negara ambil tindakan tegas.  Jangan tengok kes budak ini sahaja tapi ancaman dari perbuatannya tu kepada generasi muda akan datang.

Pihak polis pun jangan lupa cari pelacur tua yang bangga pijak gambar Najib siap ambil gambar sendiri tu ya.  Penulis pun suka nak dengar alasan dari mulut dia, kurang pelanggan ke apa.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Lebai PAS Terbeliak Bijik Mata, Mat Sabu Sengih Gembira !!


4 September 2012

Janji Bersih - Lobai PAS Hanya memerhati
Janji Bersih
Biasa sangat kita dengar atau baca cemuhan dari mulut-mulut sang lebai PAS tiap kali adanya malam sambutan kemerdekaan ataupun keraian malam tahun baru, kata mereka program sedemikian semuanya melalaikan dan boleh menjerumuskan muda mudi kepada gejala sosial.


Untuk mengukuhkan cemuhan mereka lagi, alasan percampuran antara lelaki dan perempuan di waktu malam hari akan membuka ruang berlakunya aktiviti tidak sihat dan maksiat, tambah-tambah lagi bila program yang dihadiri tidak bersulamkan pedoman agama.

Dek kerana itu, asal saja ada sambutan malam merdeka, tahun baru atau konsert tidak kira ia anjuran swasta atau kerajaan, nada yang sama akan kita dengari di dunia nyata atau baca di mana-mana ruang komen di alam maya.

Selanjutnya dakwa mereka, agak tidak elok berhimpit-himpit jantan betina dalam sesatu majlis kelak mudarat pada masyarakat dan agama, macamlah dalam banyak-banyak majlis anjuran PAS satu pun tidak pernah bercampur jantan dan betina.

Tanyalah siapa sahaja rakan kita atau sepupu sepapat yang kelihatan warak alim-alim kucing dan serban tidak pernah lekang dari kepala walaupun sekali sekala pernah kantoi menonton video sensor, pastinya cemuhan yang sama akan kita dengari dari mulut mereka.

Itu realiti yang perlu kita akui sebab tabie manusia yang berlagak alim acapkali hanya nampak kesalahan orang lain tapi sengaja lupa bila diri sendiri mengulangi kesalahan sama atau sengaja buat tidak apa bila kena atas dahi puak yang sekepala.

Malam Himpunan Janji Demokrasi anjuran NGO proksi pakatan pembangkang tempohari yang sekarang kecoh dengan kontroversi menghina Jalur Gemilang pun demikian juga.

Walau kelihatan beberapa kelompok kumpulan lebai PAS menghadiri program tersebut atas arahan parti dan ada yang mengikut kehendak sendiri, namun program malam itu tetap tidak lepas dari campur gaul lelaki dan perempuan bukan mahram.



Malah ada peserta yang kelihatan daring semacam tapi tiada pula cemuhan atau bantahan dari golongan alim-alim kucing dari PAS.
Yang jelas kelihatan para lebai PAS hanya mampu terbeliak biji mata melihat beberapa suasana yang menjolok mata, agaknya sudah kelu lidah untuk berkata-kata mahu tidak mahu masing-masing layan saja rezeki depan mata.

Kot kalau betul PAS serius menentang program yang membabitkan campur gaul jantan betina tentunya sudah awal lagi mereka menegah peserta bukan mahram datang berpasang-pasangan ataupun segera menegur mana-mana peserta yang penampilannya agak menyakitkan mata memandang.
http://din.huluselangor.net/wp-content/uploads/2012/09/Janji-Bersih-Awek-Mat-Kuning-Seksa.jpg


Sebaliknya banyak kelihatan peserta yang tampil agak menakutkan bila dipandang, sekali lihat rasanya orang, dua kali lihat tertanya pula kenapa tumbuh tanduk dua batang?

Di sudut lain Dataran Merdeka, ada pula peserta buat aksi tayang punggung semacam mahu  ‘melepas’ pun tiada teguran yang terhambur keluar melainkan masing-masing ramai yang tumpang sekaki gelak tak ingat dunia.

Di beberapa sudut berdekatan, kelihatan mat dan minah rempit ada yang berbaju kuning ada yang bermacam warna, sedang elok menikmati suasana sosial pelik malam merdeka dan tak kurang pula yang erat berpeluk sakan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU2B-ltnRuy2Y3ONn2GOJvdiR-yEu6P6n4YZQenDdHgGco1aR5fPZrWC-KGOfb_Kxe5bXoI8rSoBEbed883l2XgDAF6sSVw-ReN6ws2uZvGgZ8M5Rc96h1rKzgP3-0060UveR0unbBCuHi/s1600/Janji+Bersih+-+Mat+&+Minah+Bersih.jpg
Bila ada yang komplen kenapa PAS tidak ambil daya usaha mencegah tingkah laku peserta yang tidak sopan dan tidak mencerminkan penampilan Islamik sedangkan program tersebut anjuran sekutu mereka dan dihadiri pula oleh Timbalan Presiden PAS, alih-alih jabatan agama juga yang mereka persalahkan.


Bila terkena batang hidung sendiri barulah nak persoalkan mana jabatan agama, waktu jabatan agama bertungkus lumus mencegah isu murtad di Selangor atau terbabit menyerbu sarang maksiat (dan tangkap pemimpin politikyang berkhalwat), jenuh berbakul-bakul jabatan agama di maki hamun kaw-kaw.

Apapun, malam ambang merdeka yang kontroversi itu hari tentunya jadi kenangan yang menggembirakan Mat Sabu kerana buat julung kali dirinya diangkat setaraf bekas musuh tradisinya, Anwar Ibrahim.
Laungan reformasi dan hancur, hancur Najib kedengaran menyambut kedatangannya.

Tika Mat Sabu senyum sampai ke telinga sengih tak terkata di sanjung sedemikian rupa, beberapa ketika sebelum dan selepasnya sesetengah lebai PAS hanya mampu terbeliak biji mata melihat suasana sosial dan unIslamik di malam ambang merdeka.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Hanya Kerana Anwar, Masjid Tercemar dan Umat Islam Bertelagah


4 September 2012

ScreenHunter_05 Sep. 04 16.37

Insiden yang membabitkan serbuan lebih 50 orang anak qariah Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong, Alor Setar masih lagi menjadi bualan hangat di kalangan para penduduk setempat dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Hanya disebabkan seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim, umat Islam di qariah berkenaan berpecah belah, bermasam muka dan bergaduh sesama mereka sejak kejadian tersebut.

Ramai yang merungut apabila orang luar yang hadir ke masjid itu pada masa kejadian bertindak luar batasan sehingga ada insiden tolak menolak dan sedikit pergelutan yang memalukan serta mencemar kesucian rumah Allah itu.

Sebenarnya, saya adalah salah seorang anak qariah di masjid berkenaan di mana arwah ayah saya dikebumikan di masjid berkenaan.

Sejarahnya, masjid Al-Hussain sememangnya terkenal menyokong PAS sejak di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor lagi. Ketika itu, masjid berkenaan agak dhaif dan serba kekurangan memandangkan AJKnya yang dikatakan enggan menerima sumbangan dari Kerajaan BN.

Namun dari tahun ke tahun, AJKnya bertukar ganti dan ada yang lebih mengutamakan Islam berbanding perjuangan politik. Dari sebuah masjid yang kecil, kini masjid yang terletak ditepi sungai Kedah itu semakin besar dan cantik.

Sebenarnya, peruntukan membaik pulih dan mengimarahkan masjid itu diperoleh melalui bantuan ADUN Bakar Bata, Datuk Paduka Mohd Bashah, di mana masjid berkenaan menerima ratusan ribu peruntukan khas bagi membesarkan rumah Allah tersebut.

Khabarnya yang terbaru, anak-anak qariah tersebut memohon peruntukan sebanyak RM1 juta dari Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah itu bagi mengimarahkan dan menyediakan prasarana ibadah yang lebih selesa berbanding sekarang.

Berkaitan dengan ceramah Anwar di masjid berkenaan selepas solat maghrib pada 2 September lalu, sumber saya menjelaskan bahawa mesyuarat AJK masjid itu sebenarnya tidak membenarkan Anwar berceramah di dalam masjid.

Bagaimanapun, mereka membenarkan Anwar berucap di luar perkarangan rumah Allah itu sekiranya dia benar-benar berhajat demi menjaga kesucian masjid berkenaan dari sebarang risiko dipergunakan untuk tujuan politik.

Malangnya, selepas menunaikan solat Maghrib, “imam baru” di masjid berkenaan telah meletakkan sebuah meja untuk Anwar menyampaikan ceramah berdekatan dengan mimbar masjid.

Melihat Anwar menodai kehormatan rumah Allah itu bagi meraih sokongan politiknya, maka ramai anak-anak qariah yang tidak berpuasa hati dengan tindakan tersebut.

Sementara itu, kehadiran pasukan gerak khas PERKASA yang berhimpun di perkarangan masjid untuk membantah Anwar turut menghangatkan keadaan di mana mereka turut serta meminta “pemilik jam tangan Omega” itu berhenti dari mempergunakan masjid.

Ketika itulah berlakunya kekecohan berkenaan di mana terjadi insiden tolak menolak, memaki hamun dan pertikaman lidah di antara anak-anak qariah dengan golongan yang membawa Anwar ke masjid berkenaan.
Menurut saksi kejadian, salah seorang dari anak qariah telah membaling kasutnya ke arah Anwar yang duduk di tepi mimbar dan hampir-hampir terkena kepalanya, namun dia sempat mengelak sedikit…

Mahfuz Omar “mengamuk” kerasukan syaitan dalam masjid…
Mahfuz Omar yang jarang-jarang pulang ke Kedah turut campur tangan dengan menolak seorang anak qariah yang dikenali sebagai Cikgu Shakib seraya berkata, “heiii…aku dah lama tak masuk penjara nihhh..”, kata Mahfuz.

Mahfuz yang naik hantu ketika itu terpaksa di halang oleh beberapa jemaah yang tidak mahu melihat sebarang insiden negatif yang mencemarkan masjid berkenaan dari tindakan Naib Presiden PAS yang terkenal dengan kebodohan bukan kepalang itu.

Persoalannya, lihatlah bagaimana kehadiran Anwar itu jelas memecah belahkan umat Islam di qariah tersebut dan mencemarkan sebuah rumah Allah. Jelas di situ bahawa kehadiran Anwar di masjid berkenaan lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan.

Mungkin Anwar dan Mahfuz tidak tahu bahawa anak-anak qariah yang menyokong PAS di kampung Seberang Pumpong itu juga tidak menyukai “lelaki Y” itu dan tidak rela masjid mereka dicemari oleh “peliwat tegar” tersebut.

Harapan saya agar umat Islam sedar betapa buruknya Anwar dan pengaruhnya yang memecah belahkan umat Islam dan semoga kejadian seperti itu tidak lagi berlaku di masjid berkenaan pada masa yang akan datang…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Bendera Pakatan Rakyat Diilhamkan Daripada bendera Komunis Malaya


3 September 2012

newfflag

SEKARANG kita tahu bahawa bendera yang didakwa Pakatan Rakyat sebagai Sang Saka Malaya dan dikibar oleh macai sakit jiwa Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lepas, bukan berasal dari bendera lama Malaya.

Bendera Malaya yang lama ialah Union Jack dan kita tahu bendera Pakatan (untuk mengganti jalur gemilang) itu sebenarnya dicipta oleh pegawai khas Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi pada 2007, berita disini.

Anwar tak mengaku, Kit Siang tak mengaku, itu bukan masalah sebab 2 ekor manusia dengan lidah bercabang ini sudah diketahui biasa cakap belit-belit, apatah lagi dalam hal yang sudah diketahui tidak menguntungkan politik mereka.

Persoalannya sekarang dari mana Najwan Halimi dan macai Pakatan haram yang lain dapat idea untuk mengatakan bendera itu adalah bendera lama Malaya dengan nama Sang Saka Malaya?
Mesti ada asas kenapa nama Malaya digunakan.

Jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya ialah, pada 1947 puak komunis Malaya ketika itu,  PUTERA dan AMCJA telah mengibarkan bendera baru Malaya kerana mereka yakin akan dapat menawan Malaya pada 1948 - sama macam Pakatan haram sekarang yakin akan menawan Malaysia dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Bendera itu adalah seperti ini designnya:-


Ia kurang diketahui kerana bendera itu diperkenalkan oleh KOMUNIS!!  Maklumat ini penulis dapat dari blog pro komunis disini.

Tapi Najwan Halimi tidak tahu itu dan mengubahsuai bendera tersebut kepada bendera Pakatan yang kita lihat hari ini, yang akan menjadi bendera rasmi negara kalau Pakatan haram ini berjaya memerintah negara nanti.

Apa sekali bendera yang disangka Najwan Hilmi sebagai bendera lama Malaya itu adalah sebenarnya diilhamkan oleh KOMUNIS, bukan bendera Malaya walaupun dikibarkan pada tahun 1947!!!
Nak tunjuk handal konon faham sejarah, walhal bendera lama Malaya ialah Union Jack, bukan bendera asal komunis yang diubah suai sekarang.

Untuk makluman, bendera itu tidak ada kaitan dengan UMNO kerana UMNO dan benderanya ditubuhkan pada 1946, sedangkan bendera komunis itu mula dikibarkan pada Disember 1947.
Penulis perlu nyatakan ini secara terang kerana takut ada pulak dajal-dajal yang cuba babitkan dengan UMNO nanti.  Yang penting disitu, bendera UMNO terlebih dahulu dikibarkan dari bendera komunis yang diubah suai Pakatan sekarang.

Lagipun bendera parti dan bendera negara ada banyak beza.

Pakatan Rakyat nampaknya lebih rela guna bendera yang sebenarnya diilhamkan oleh komunis dari bendera yang katanya macam bendera Amerika.

Selanjutnya menunjukkan Pakatan Rakyat bukan setakat nak merepublikkan negara ini malah menjadikannya negara komunis juga!!!  Kalau pelakunya tidak layak dihukum gantung, penulis tidak tahu lagi hukuman apa yang sesuai.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Azizan Tidak Bermaya : Mesyuarat Exco Di Wad Hospital ?


3 September 2012
azizan nazak

Kecoh di kalangan puak-puak PAS di Kedah apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, merangkap Pesuruhjaya PAS negeri itu telah mengarahkan agar mesyuarat Exco Kerajaan Negeri diadakan di wad hospital!

Kesihatan Azizan semakin teruk dari hari ke hari akibat kedegilannya enggan mendengar nasihat doktor supaya dia berehat saja di rumah. Ekoran itu, dia beberapa kali di masukkan ke hospital bulan lalu dan hampir terpaksa berhari raya di wad hospital berkenaan.

Sumber menjelaskan bahawa dia berkeras mahu pulang ke rumah dan mahu menghadiri beberapa majlis sambutan Hari Raya. Bagaimanapun, dia terpaksa berulang-alik ke hospital bertemu doktor untuk rawatan susulan.

Menariknya, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di was hospital berkenaan telah menimbulkan tanda tanya, apakah Azizan akan menyerah kalah dalam usaha mempertahankan jawatan Menteri Besar dari dirampas oleh “kuda-kuda trojan” Anwar di dalam PAS?

Sebagaimana maklum, keuzuran dan kematian Azizan sememangnya ditunggu-tunggu oleh musuh-musuh politik dalamannya yang sentiasa mengimpikan kerusi empuk di Pejabat Menteri Besar yang terletak di Wisma Darulaman itu.

Dikatakan antara yang sering mengintai peluang dan berebutkan kerusi berkenaan sudah tentulah Exco-Exco kanan Kerajaan PAS Kedah seperti Phahrolrazi Zawawi, Amiruddin Hamzah, Dr. Ismail Salleh dan setiausaha politik MB sendiri, Mohd Sanusi Md Nor.

Khabarnya, ada yang sudah berangan-angan untuk membawa masuk barang masing-masing ke dalam pejabat MB Kedah di Wisma Darulaman!

Bagaimanapun, keputusan Azizan untuk mengadakan mesyuarat Exco di wad hospital swasta tersebut menunjukkan bahawa Menteri Besar Kedah itu enggan menyerah kalah dan ramai di kalangan Exco yang geram.

Katanya, ada yang bertindak memprotes lokasi mesyuarat berkenaan dan mahu Azizan menyerahkan tugas sebagai pengerusi mesyuarat itu kepada Exco paling senior di kalangan mereka. Atau dalam kata lain, mereka Exco berkenaan mahu Azizan serahkan mesyuarat itu kepadanya.

Namun yang melucukan ialah mereka hanya berani berkata “dibelakang” Azizan saja dan tidak berani untuk berkata di depan “boss” mereka itu. Standardlah, puak-puak PAS memang penakut!

Rasanya, mereka wajar mendengar nasihat para pemimpin UMNO/BN yang mencadangkan agar Azizan mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar yang dilantik dari kalangan ADUN-ADUN Pakatan Haram Kedah yang ada.

Cadangan tersebut adalah demi rakyat. Maklumlah, Azizan tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar akibat kekangan kesihatan, sewajarnya Azizan memilih penggantinya untuk menguruskan Kerajaan Negeri Kedah yang semakin terbiar huru-hara.

Dengan cadangan tersebut, maka bertambah semangatlah “musuh-musuh politik dalaman” Azizan untuk menunjukkan taringnya. Khabarnya, ada yang sakan melobi diri hingga ke peringkat PAS Pusat bagi mendapatkan sokongan sebagai MB yang baru.
Selain ADUN, dikhabarkan ada juga “Ahli Parlimen” yang berhajat mahu mencalonkan diri menggantikan Azizan.
Namun menyedari dirinya tak layak dari sudut perlembagaan, dia dikatakan melobi “proksi”nya sementara menunggu dirinya dicalonkan sebagai calon DUN pada PRU ke-13 nanti. Anda kenal dengan “ahli parlimen” itu?
Saya yakin, sekiranya perkara-perkara yang diceritakan di atas ditanya pada puak-puak PAS Kedah, sudah tentu mereka tidak akan mengaku kesahihannya meskipun itulah yang berlegar di dalam perbualan mereka.
Begitulah puak-puak PAS yang terbukti sememangnya “gila kuasa”.  Tapi mereka tetap menafikan “kegilaan” mereka tersebut. Iyalah..mana ada orang “gila” yang mengaku dirinya “gila”, kan?

Sebenarnya, saya lebih gemar untuk mengambil sikap “tunggu dan lihat”. Kita tunggu dan lihat apa pula episod seteruskan dalam kemelut PAS Kedah di kala UMNO/BN semakin gagah serta mendapat sambutan rakyat di negeri Jelapang Padi itu.

Apakah Azizan akan beransur pulih dari sakitnya dan “menerajang” puak-puak PAS yang mahu menggulingkannya? Atau puak-puak PAS yang dikatakan bergerak di atas nasihat Mat Sabu itu akan berjaya menyingkirkan Azizan dan kemnya? Sama-samalah kita nantikan…

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Pembinaan Hospital Shah Alam Tertunda : Wajarkah Khalid Samad Salahkan JKR ?


3 September 2012

Di Shah Alam, satu projek pembinaan hospital kerajaan telah dimulakan bagi menampung keperluan penduduk setempat. Namun, kerana wujud beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan, pembinaan tersebut tidak sempat disiapkan mengikut jadual asal. Ia telah dianjak untuk memberi ruang agar segala pembangunan dapat dilakukan dengan lebih teliti dan tepat.

Namun begitu perkara ini dilihat sebagai satu isu politik yang maha hebat oleh Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad yang sedang tercari-cari salah dan silap orang-orang Barisan Nasional. Di dalam satu tulisan yang disiarkan oleh lidah fitnah terbesar pembangkang Harakahdaily.com bertajuk “Hospital Shah Alam Tergendala Lagi?” bertarikh 29 Ogos 2012, beliau bertindak menyebarkan satu dokumen yang menunjukkan jangkaan tarikh siap projek yang telah dianjakkan.

Khalid Samad menuntut agar Menteri Kerja Raya Dato’ Shaziman Abu Mansor supaya meletakkan jawatan kerana kononya tidak bertanggungjawab dalam perlaksanaan projek tersebut. Tuduhan Khalid Samad mengambarkan bahawa Dato’ Shaziman Abu Mansor bersikap tidak bertanggungjawab dan lepas tangan di dalam hal ini.

Apa yang Khalid Samad tidak sedar ialah, Kerajaan Malaysia mengamalkan konsep tender secara adil, namun perkara ini tidak dapat dilihat oleh Khalid Samad yang begitu bencikan kerajaan persekutuan tanpa sebab. Jika sebelum ini Khalid Samad begitu hebat memperjuangkan ketelusan dalam pemberian tender, kini Khalid Samad menyuruh pula agar JKR tidak menghiraukan prosedur.

Setelah kontraktor Sunshine Fleet Sdn Bhd yang telah memenangi tender pembinaan tersebut gagal, satu proses pembukaan tender baru dijalankan bagi memastikan tiada salah guna kuasa atau pilih kasih berlaku. Namun di dalam pertanyaan perbahasan parlimen yang lalu, Khalid Samad yang dahulunya begitu gila memperjuangkan “ketelusan” dalam isu pemberian tender, menyuruh agar Dato’ Shaziman memberikan sahaja tender tersebut kepada sub kontraktor yang sedang bekerja menyiapkan hospital tersebut. Dato’ Shaziman pula menjawab, jika perkara ini dilakukan, akan timbul pula soal pilih kasih kerana tender baru tidak dibuka bagi penggantian kontraktor lama.

Khalid Samad yang sememangnya tidak pernah konsisten dengan perjuangan, nampaknya tidak begitu berminat dengan pembinaan hospital. Ianya disebut-sebut kerana kononya kesilapan kerajaan persekutuan dalam merancang pembangunan. Apa yang Khalid Samad perlu buat ialah, mencermin diri dan parti anutan beliau dahulu. Beliau juga perlu bertanya berapa banyakkah hospital atau klinik yang telah dibina oleh PAS dan Pakatan Rakyat selama penubuhan mereka di Malaysia.


Perkara ini berbeza dengan komitmen Kerajaan Persekutuan Malaysia yang sememangnya begitu mementingkan kebajikan dan kesihatan rakyat. Ini terbukti apabila terdapat 2,836 klinik kerajaan, 138 hospital pakar/besar, 12 institusi kesihatan khas dan 668 klinik pergigian. Kini dengan adanya penambahan 82 Klinik 1 Malaysia, ia adalah mercu tanda kejayaan kerajaan yang sedia ada dalam menjaga kesihatan rakyatnya.


Sepanjang pemerintahan Barisan Nasional di Negeri Selangor, telah diwujudkan 11 hospital besar/pakar (yang menyediakan 4,719 katil), 49 buah klinik kerajaan, 6 klinik gigi dan 7 klinik 1 Malaysia untuk kemudahan rakyat. Ini tidak termasuk hospital swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan terutamanya dikawasan bandar. Melihat jumlah penduduk yang semakin meningkat, kerajaan persekutuan telah merangka pelbagai pelan untuk membina lebih banyak hospital dan pusat kesihatan demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Sepanjang empat tahun memerintah negeri Selangor, tiada satu pun hospital atau klinik awam dibina atas hasil usaha negeri sendiri. Perkara ini sama seperti apa yang berlaku di Kelantan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tiada satupun pembangunan yang menguntungkan rakyat. Semua pembangunan dari sudut sosial dan kebajikan dilakukan oleh kerajaan persekutuan tanpa mengira fahaman politik majoriti rakyat di sesuatu tempat.

Apa yang nyata di Selangor, tempat hidupnya manusia bernama Khalid Samad ini ialah penambahan dalam perkara-perkara yang merosakkan rakyat. Contohnya penambahan rumah-rumah urut dan tempat menjual arak yang berleluasa. Boleh dikatakan jarak antara satu rumah urut ke rumah urut yang lain dikawasan bandar tidak melebihi 10 km pun. Mungkin juga dengan fikiran yang singkat, orang-orang penyokong Pakatan Rakyat akan menyamakan rumah-rumah urut ini sama sahaja dengan hospital kerana di rumah-rumah urut ini terdapat papan tanda yang memparkan perkataan “KESIHATAN”.

Sebelum menyuruh Menteri Jabatan Kerja Raya untuk meletakkan jawatan, Khalid Samad perlu mencermin diri beliau dahulu. Apakah beliau bertanggungjawab menjaga kebajikan Parlimen Shah Alam selama ini? Ataupun Khalid Samad perlu membuat satu survey agar beliau tahu betapa marahnya rakyat Shah Alam dengan sikap bodoh sombong beliau selepas empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat?

Khalid Samad diharap jangan sibuk menuduh orang lain buruk, sehingga pekung yang membusuk dimukanya sendiri pun tidak beliau sedari.

Oleh : Che Yan ( www. mykmu. net )