Wednesday, September 05, 2012
Anwar Tolak Hudud
24 Ogos 2012
KUALA LUMPUR : Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi
pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi
menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan
pembangkang buat masa ini.
Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang
terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang
pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.
Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk
melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di
negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.
Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai
melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen
Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu
2003.
“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif
(melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu,
sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan
Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.
Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat
pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti
dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com
hari ini.
Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud: Mufti kedah elok
diam, jauhkan diri dari politik.
Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap
kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta
pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam
kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity
umat islam.
Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk
campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja
dan bukan pegawai kerajaan biasa yg ‘makan gaji’ seperti beliau
Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua
Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia
berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh
karpal.
Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang
akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan
tarikh serta tempat siding akhbar itu berlansung.
Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ai bukan merupakan
sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.
“jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau
Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan
rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,”
Tegasnya..
#Petikan : Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment