Wednesday, September 05, 2012
Kenapa Perlu Takut Dengan "Tanda Putera"
22 Ogos 2012
Filem-filem kenegaraan merupakan satu khazanah yang perlu terus dibangunkan
kerana ia memaparkan jati diri sesebuah bangsa. Tidak seperti negara-negara lain
di Asia, walaupun sebuah negara yang maju dari sudut ekonomi dan sosial,
Malaysia mengalami kekurangan dalam penghasilan filem-filem bertemakan
kenegaraan.
Mungkin disebabkan oleh kekurangan filem-filem patriotik, jati diri anak
bangsa Malaysia semakin terhakis dan ini akan mendatangkan masalah besar kerana
segala kisah perjuangan orang-orang terdahulu tidak dapat dihayati oleh generasi
baru. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia dan
Thailand, filem-filem patriotik mendapat sambutan hangat sehingga berjaya
mendapat taraf “box office” di layar perak. Di Malaysia pula, filem bercorak
kenegaraan dan patriotisma mungkin hanya ditonton bagi mereka yang betul-betul
mencintai sejarah dan murid-murid sekolah.
Situasi ini diburukkan lagi dengan kehadiran individu dan kumpulan yang
menolak terus patriotisma kepada negara dengan melabelkan ia sebagai sokongan
kepada parti pemerintah. Walaupun pandangan ini salah, dek kerana kenyataan
individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini sesetangah rakyat membenci
akan semangat patriotisma yang akan menyebabkan kecelaruan minda generasi akan
datang.
Baru-baru ini, pengarah dan penerbit filem popular Datuk Suhaimi Baba telah
selesai dalam pembikinan filem yang berjudul Tanda Putera. Filem yang
berdasarkan kisah persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail ini bakal
ditayangkan bersempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55 nanti.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM 4.3 Juta ini berlatarbelakangkan episod
sebelum dan selepas tragedi 13 Mei 1969.
Walaupun filem ini belum disiarkan di mana-mana layar perak ia telah dihentam
teruk oleh individu dan kumpulan tertentu kerana menyangkakan filem ini berunsur
politik. Lolongan paling kuat menentang filem ini adalah daripada mulut Lim Kit
Siang Pengerusi DAP yang begitu terkenal dengan sikap prejudis beliau terhadap
orang Melayu di Malaysia.
Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Barat menyatakan bahawa beliau
menentang keras penayangan filem Tanda Putera kerana menyifatkan filem tersebut
adalah sebahagian daripada kempen besar-besaran Barisan Nasional. Melalui laman
blog beliau, Lim Kit Siang menyatakan bahawa filem Tanda Putera adalah filem
sampah kerana bersifat berat sebelah dan menunjukkan Tun Abdul Razak dan Tun Dr
Ismail sebagai wira.
Seperti seorang tukang tilik filem, mengikut cara kritikannya Lim Kit Siang
seperti sudah berkali-kali menonton filem tersebut. Walhal, filem Tanda Putera
belum lagi menemui penonton dan hanya “trailer” sahaja yang baru dikeluarkan di
lama sesawang Youtube dan beberapa media lain. Apakah yang begitu menakutkan Lim
Kit Siang sehingga mengecam filem tersebut dengan sebegitu hebat?
Sungguhpun dihentam dengan sebegitu teruk, pengkritik dan peminat filem
Melayu menjangkakan filem tersebut akan mendapat sambutan lebih hebat daripada
filem-filem kenegaraan terdahulu seperti Azizah The Legend, Paloh, Leftenan
Adnan, Embun, Hati Malaya 1957 dan Bukit Kepong. Ini adalah kerana sebelum ini
tokoh seperti Tun Dr Ismail tidak pernah dikisahkan dalam bentuk penceritaan
filem.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, Lim Kit Siang patut berbangga kerana negara
ini bakal menerima sebuah filem yang menceritakan tentang nilai insan dan
persahabatan pemimpin terdahulu dizaman yang penuh dengan cabaran. Namun begitu,
mungkin juga Lim Kit Siang takut filem tersebut akan mencetuskan kemarahan
rakyat terhadap diri beliau.
Mahu tidak mahu, Lim Kit Siang perlu sedar bahawa tragedi berdarah 13 Mei
1969 tidak akan berlaku sekiranya provokasi tidak dilancarkan oleh sayap pemuda
DAP, yang pada masa itu dipimpin oleh beliau. Mungkin juga Lim Kit Siang terlalu
takut ada babak di dalam filem Tanda Putera yang akan menunjukkan beliau
melaungkan “Malay Si”, “Sapu Melayu” dan “Melayu Balik Hutan” semasa berarak ke
Kampung Baru, Kuala Lumpur.
A.Samad Said patut membuat satu puisi yang berjudul “Lim Kit Siang si tua
yang mudah lupa” agar dapat mengingatkan sahabat karib baru beliau tentang
“hutang-hutang” yang belum dibayar oleh Lim Kit Siang kepada seluruh rakyat
Malaysia dan khasnya kepada orang Melayu. Mungkin dengan kehadiran filem ini,
Lim Kit Siang dapat sedar akan kesilapan beliau dan memohon maaf kepada semua
rakyat Malaysia sebelum beliau dimasukkan kedalam kotak dan disimen di Nirwana
Memorial Park tidak lama lagi.
Oleh : Che Yan (www. mykmu. net)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sampai kesini tulisan saya.. Hehe.. Terima Kasih kerana share
ReplyDelete