Wednesday, September 05, 2012
Demokrasi PR ialah "Berak Atas Gambar PM"??
1 September 2012
Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan
dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari
Merdeka.
Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak
penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka
cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati
suasana dan semangat yang murni itu.
Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan,
keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka
yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang
meruap-ruap.
Menggunakan nama ‘Janji Demokrasi’ mereka menghina potret Perdana Menteri dan
mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak
punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.
Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka
hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan
LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi ‘membuang’ ke atas gambar
Perdana Menteri.
Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk
identiti negara ini, termasuk benderanya.
Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta
Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana
dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya,
dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung
mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.
Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia
sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai
warganegara sebuah negara berdaulat.
Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat
ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.
Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak
senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang
munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.
Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis
rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam
pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan
menggugat ketenangan dan keharmoniannya.
Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.
Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu,
mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain
serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.
Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam
konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera
yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh
diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik
yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia
malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan
Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.
Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee
Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.
Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia
yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan
kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.
Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai
kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan
juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan
identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan
dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.
Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam
keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar
iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.
Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda
terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda.
Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28
juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai
perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji
Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan
pagi tadi.
Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti
mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala
pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa
majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.
Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan,
maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah
pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau
mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk
melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan
seberapa segera.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment