Wednesday, September 05, 2012
Strategi Pembangkang Reka Fitnah Memakan Diri Sendiri !!!
4 Ogos 2012
Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas
kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA)
berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot
Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali
dan kena pada masanya.
Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah
diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai
cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.
Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah
dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.
Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari
tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa
tindakan mereka adalah ‘demi rakyat’.
Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat
politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan
kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada
geran Selangorku.
Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka
kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri
setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi
Selangor.
Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?
Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh
pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.
Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah
kehilangan pekerjaan.
Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek
penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.
Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya
surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida proek
tersebut.
Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri
sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.
Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George
Kent tetapi Perdana Menteri.
Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak
kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu
persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh
pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.
Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.
Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah
dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada
pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit
pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan
negara.
Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang
mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan
memburuk-buruk imej negara.
Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan
bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang
bermotifkan politik kotor.
Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari
kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.
Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu
dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang
dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera
Malaysia (ATM).
Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut
tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang
bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.
Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan
Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.
Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes
jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program
Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani
permasalahan jenayah.
Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar
jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap
pihak polis.
Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah,
mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah?
Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.
Dipetik daripada : www. mykmu.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment