4 September 2012
Wednesday, September 05, 2012
Faekah Tinggal Nyawa-Nyawa Ikan Dibelasah Istana & Dr Khir
4 September 2012
Terlalu pedih! Memang perit dan sememangnya
sangat memalukan! Itulah yang boleh saya katakan sekiranya saya di tempat
Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang “dikantoi”kan menipu
rakyat mengenai sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor baru-baru
ini.
Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelumnya
diselar oleh para pemimpin UMNO/BN atas kebiadapan mereka tidak menjemput atau
memaklumkan DYMM Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan tersebut.
Bagaimanapun, mungkin mahu membela “boss”nya,
Faekah yang didesak meletakkan jawatan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan
bahawa Baginda Tuanku tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka sebelum
ini di zaman UMNO/BN.
Malah kononnya dia memberitahu media bahawa
kerajaan UMNO/BN sebelum ini tidak pernah menjemput DYMM Sultan Selangor ke
masjlis sambutan tahunan itu.
Mungkin dilahirkan sebagai “penipu tegar”, dengan
kuasa Allah SWT, tiba-tiba Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir
Bani, menegaskan kepada media bahawa Baginda Tuanku pernah menghadiri majlis
sambutan ambang merdeka ketika pentadbiran UMNO/BN.
Menurut beliau, pihak Istana selalunya
dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari
Kemerdekaan dan sentiasa dimaklumkan oleh Kerajaan UMNO/BN walaupun tidak ada
sebarang jemputan formal diberikan kepada Baginda Sultan.
Malah Datuk Mohamad Munir Bani turut memberitahu
bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak memaklumkan kepada
DYMM Sultan Selangor dan sebaliknya menjemput Anwar Ibrahim yang diberi slot
ucapan khas pada malam tersebut.
Lebih teruk lagi, Setiausaha Sulit DYMM Sultan
Selangor itu menjelaskan bahawa Baginda Tuanku “tidak gembira” berkenaan hal
ini..!
Mana lagi Faekah nak tunjuk muka apabila mantan
Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa
menjemput dan memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor mengenai sambutan Hari
Merdeka pada setiap tahun.
Menurutnya, sama ada secara lisan atau rasmi,
Baginda Tuanku pasti akan dijemput atau dimaklumkan mengenainya, dan sama ada
DYMM Sultan Selangor sudi mencemar duli menyertai program tersebut adalah
terletak di bawah budi bicara Baginda.
Lebih pedih lagi apabila Dr. Khir sempat
menyindir Faekah dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk memohon ampun
dari DYMM Sultan Selangor atas kesalahan diri sendiri berbanding terus menerus
menyalahkan pihak lain!
Paling menarik, kedua-dua pihak sama ada pihak
Istana mahupun Dr. Khir mempersoalkan “keistimewaan” Anwar di majlis
berkenaan.
Pihak Istana mempersoalkan jasa dan sumbangan
Anwar di Selangor memandangkan dia merupakan Ahli Parlimen dari Pulau Pinang,
manakala Dr. Khir pula mempertikaikan status Anwar sebagai “tetamu khas” yang
sepatutnya diberikan kepada DYMM Sultan Selangor sahaja.
Rasanya, Faekah sudah tidak punya jalan lagi
untuk memutar belitkan keadaan. Segalanya sudah tersimpul mati dan Faekah
berhadapan dengan perkara yang sangat memalukan dirinya seumur hidup.
Bayangkan, dia begitu yakin menghentam para
pemimpin UMNO/BN, tiba-tiba hujahnya itu dimatikan oleh pihak-pihak yang tidak
mampu dilawan langsung olehnya. Rasanya, Khalid “Gagap” sendiri pun tak mampu
melindungi Faekah lagi…
Mungkin selepas Faekah meminta maaf atas
penipuannya itu, maka dia perlu meletak jawatan serta merta. Dan sekiranya dia
tidak berbuat demikian, maka mungkin dia akan terpaksa menebalkan mukanya setiap
kali berhadapan dengan mana-mana pihak, terutamanya media dan rakyat
Selangor.
Dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha
Sulit MB, Faekah dengan sendirinya akan memenuhi permintaan ramai, termasuk para
pemimpin Pakatan Haram Selangor sendiri yang sudah lama meluat dengan lagak
kuasanya yang “lebih sudu dari kuah”.
Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada
Faekah selepas dia meletakkan jawatan kelak. Kalau Anwar mahu jadi “guru”
selepas PRU ke-13 nanti, Faekah nak pilih profesyen apa sebagai pilihan lepas
meletak jawatan?
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment